Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

05 February 2010

Video Pembedahan Ayam

Hari ni merupakan hari yang amat dinanti-nanti oleh pelajar-pelajar saya..... menjalankan amali pembedahan ayam bagi membuat bedah siasat ke atas sistem pencernaannya. Dari tahun lepas mereka dah 'bising-bising', tak sabar-sabar nak lakukan amali ini. Konon-konon macam kerja forensik.... he he he.. ahli forensik ayam...... Memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, daripada peringkat pembedahan, hinggalah ke peringkat menyusun tiap-tiap organ yang terlibat berserta membuat perlabelan.

Mereka memang 'enjoy' dengan amali ini walaupun bersungut juga tentang kebusukan usus-usus ayam tersebut. Dalam keseronokan menjalankan amali, ada dua kumpulan yang telah meleraikan organ-organ tersebut. Agak lucu jadinya, bila saya paksa mereka menyambung semula organ-organ yang telah mereka ceraikan itu.

Yang paling menarik bila saya minta mereka membelah tembolok, proventrikulus, hempedal dan usus.. supaya mereka tahu apa yang terdapat di dalam organ-organ tersebut... nampaknya mereka agak geli, terutama bila membelah usus yang penuh dengan najis itu. He he he... lucu rasanya....


No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.