Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

13 December 2011

Ramalan tepat Sains Pertanian SPM 2011

wow!!!!!!!
ramalan kertas 1 dan 2 menjadi kenyataan .......
lebih kurang 75 % topik yang diramal ditanya dalam soalan sebenar......semoga murid-murid yang mengikut blog ini mendapat munafaatnya.... lihatlah diari blog ini bermula 15 Julai hingga 14 Okt....membincangkan ramalan soalan kertas 1...ok la tuuuu
kertas 2...apa yang diramal keluar dalam soalan sebenar....... lihatlah diari blog ini 14 Okt 2011 soalan 1 yang diramal mengenai menerangkan penggunaan mekanisasi ladang dan huraian penggunaan bioteknologi ditanya dalam SPM sebenar..... Soalan 2 juga ada topik Foraj dan kesentrat yang diramal ditanya dalam soalan sebenar.....lihat diari 20 Okt 2011 membincangkan soalan no. 2 .ok la tu.. kan..

soalan no3 dan 4 memang lah seperti apa yang diramal... lihat diari 1 Nov. 2011

soalan 5 dan 6 juga keluar amali fotosintisis dan amali cantuman mata tunas......memang bes ...murid boleh menjawab dengan baik.... lihat diari 11 Nov. 2011 dan 12 Nov. 2011 bagi fotosintisis....

07 December 2011

Gaji baru 2012

Pekeliling Gaji SBPA 2012

Seseorang guru boleh mencapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalm perkhidmatan hanya 6 bulan dan 5 hari menduduki kursus induksi yang dijalankan.

Kenaikan pangkat daripada :

DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan gaji tahunan untuk kod DG:

DG 41…RM 230
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320

Gaji Permulaan :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, Ini bermakna akan ada lagi semakan gaji pada 2015 dan 2018. Pada tahun 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula.

Pelarasan gaji akan dilakukan Pada 2014 dan 2017 namun ianya bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000 (Kalu lah masa tu dollar kuat lagi – Dollar umppama tisu tandas -Tun Mahathir)

Tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Kesemua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.


06 December 2011

Gaji guru 2012

Perubahan Gred DG

1) Guru DG41

Ditukar kepada 1-1
Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44

Ditukar kepada 1-2
Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48

Ditukar kepada 1-4
Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52

Ditukar kepada 1-5
Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54

Ditukar kepada 1-6
Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

11 November 2011

Soalan 5 dan 6 kertas 2

Kebanyakan soalan percubaan SPM negeri, saya dapati banyak kesamaan dalam membuat soalan 5 dan 6 kertas 2. Oleh yang demikian kemungkinan besar soalan tersebut akan ditanya dalam SPM sebenar.

Soalan no. 5 mungkin ditanya mengenai Amali Fotosintisis( (2004) .Ia juga kemungkinan menyoal amali menyukat pH tanah menggunakan meter pH atau menggunakan Larutan Penunjuk.

Amali Cantuman tunas dan Tut juga mungkin ditanya kerana terutama amali cantuman tunas yang tidak pernah ditanya lagi.

Bagi soalan 6 mungkin ditanya mengenai Kawalan kimia dari segi Langkah menyembur racun kimia(2005,2008) dan juga membuat kompos (2005,2008). Kemungkinan juga Penapaian (2007) boleh keluar pada tahun. ini. Oleh yang demikian diharap pelajar boleh bersedia dengan tajuk diatas.

01 November 2011

Ramalan soalan 3 dan 4 kertas 2

Kebiasaannya soalan 3 dan 4 adalah berbentuk Kuantitatif.
Soalan kiraan baja, NPM dan belanjawan yang biasa keluar setiap tahun. Saya menjangkakan, soalan yang ditanya pada tahun ini adalah :
soalan 3. kiraan nutrien, kiraan baja dan kiraan kos baja.
Soalan 4 a) kiraan NPM
Soalan 4 b) kiraan belanjawan

Sejak tahun 2004 hingga 2010 kiraan baja sentiasa ditanya kecuali tahun 2006 dimana tiada soalan kiraan baja. Sejak akhir -akhir ini soalan belanjawan biasanya digabungkan dengan kiraan NPM. Oleh itu pelajar yang ingin menjawab soalan belanjawan harus mahir juga soalan NPM.

Formula soalan baja : KN = KB X GB /100 manakala
KB = KN X 100 /GB
K=Kuantiti, B=Baja, N=Nutrien dan G= Gred

25 October 2011

Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2011


Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2011
Tarikh: 21 -24 Okt. 2011
Tempat: IAB(Utara) ,Jitra Kedah
Peserta : 310 GC seluruh Malaysia
Perasmian :DATOK DR. ISMAIL BIN ALIAS Tim. Ketua Pengarah JPA
Beliau menyatakan minat yang tinggi terhadap guru cemerlang.Beliau menilai kecemerlangan sebagai sesuatu yang mempunyai value added dan guru cemerlang yang ada mempunyai nilai tambah bahkan lebih daripada itu mempunyai nilai creation yang selaras dengan inovasi yang dikehendaki oleh YAB Perdana Menteri yang mengisytihar sebagai tahun inovasi. Pengenalan jawatan guru pendita dan wibawa akan menambahkan lagi nilai kecemerlangan guru ke peringkat lebih tinggi dan guru cemerlang dilihat mempunyai nilai-nilai ke arah itu.

20 October 2011

Ramalan Kertas 2 Soalan 2

Soalan 2 Kertas 2 biasanya adalah jenis soalan penilaian dan juga perbandingan . Antara ramalan yang akan ditanya adalah dari aspek berikut :

• Menjelaskan kebaikan dan keburukan organisma (faktor biosis)
• Membandingbeza pengawalan organisma menggunakan kaedah
kimia dengan kaedah biologi

• Membandingkan kelebihan dan kekurangan foraj dengan
konsentrat

Mengisi maklumat dalam rekod-rekod berikut

Menganalisis rekod fizikal• Membandingbeza data belanjawan dengan data sebenar dari rekod kewangan

Soalan berdasarkan jadual pendapatan,perbelanjaan dan PSRL sesuatu bidang usaha
• Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha
- menilai prestasi bidang usaha berdasarkan keuntungan
dan PSRYDL
- membuat keputusan samada terus, bubar, ganti atau
ubahsuai pengurusan bidang usaha

Kursus fertigasi





Kursus fertigasi
Tarikh: 17 -21 Oktober 2011
Tempat: Hotel Cool Point Cameron Highlands
Anjuran : BPTV, AZ Smart System & Syed Agriculture

Kursus fertigasi meliputi tajuk pengenalan, peralatan ,bahan , membuat campuran baja, pemasangan sistem, kawalan perosak serta pengutipan hasil dan proses lepas tuai.
Peserta adalah dari seluruh negeri di Malaysia. Setiap satu negeri satu peserta.Penceramah adalah Dr. Mohamed dari MARDI dan Dato' Syed Abd Rahman.

14 October 2011

Ramalan Kertas 2 Sains Pertanian SPM 2011

Mulai hari ini saya akan kemukakan pula Ramalan Kertas 2 Sains Pertanian SPM 2011 . Kertas 2 Terdiri dari 3 bahagian iaitu Bahagian A : Soalan 1 (Aplikasi), Soalan 2 (Penilaian ) , Bahagian B, Soalan 3 (Kuantitatif- Baja), Soalan 4 (Kuantitatif - Belanjawan dan NPM) manakala bahagian c adalah Kemahiran Amali (soalan 5 -amali makmal), Soalan 6 Amali Ladang . Setiap soalan adalah 15 markah dan jumlah keseluruhan ialah 60%.

Saya meramalkan soalan yang mungkin ditanya adalah dari aspek berikut:
Soalan 1 (Aplikasi )
Tajuk yang perlu diberi perhatian adalah :

Menerangkan cara-cara mengurangkan kesan himpitan iklim.
Ternakan – Kesihatan

Menerangkan cara-cara pencegahan dan pengawalan penyakit
Menerangkan cara-cara merawat penyakit


Melakar pelan susun atur ladang.

Menyediakan jadual kerja.
Menyediakan format rekod yang berkaitan

Menghuraikan penggunaan mekanisasi ladang dalam aktiviti tanaman dan ternakan
Menghuraikan secara ringkas penggunaan komputer dalam pertanian
Menerangkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian


Menghuraikan kaedah-kaedah membaja

Menerangkan kaedah-kaedah pencegahan dan pengawalan hakisan tanah oleh agen air

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.