Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

11 February 2010

Tuntutan perbatuan

Di sekolah saya, sebelum ini Boss mengatakan tiada tuntutan perjalanan ke mesyuarat/kursus (di luar sekolah). Namun begitu, dalam mesyuarat beberapa minggu selepas itu, Boss mengatakan tuntukan boleh dibuat seperti biasa dan akan dihantar ke PPD. Soal sama ada diluluskan ataupun tidak adalah bergantung kepada PPD. Persoalannya adakah benar kantung kerajaan sudah kering seperti yang dihebohkan sehinggakan peruntukan budget KPM pun dikurangkan 20% untuk tahun 2010? Isu mengenai tuntukan perjalanan hanyalah sebahagian sahaja. Ini sebenarnya termasuk dengan isu tempat berkursus/mesyuarat. Hotel-hotel/resort bukan lagi tempat untuk guru-guru berkursus. Segala kursus/mesyuarat dicadangkan untuk diadakan di sekolah masing atau IPG ataupun di tempat yang seantero dengannya bagi tujuan menjimatkan kos perbelanjaan penginapan. Pada tahun lepas perkara ini sudah bermula sebenarnya, tetapi tidak menyeluruh....tahun ini boleh jadi sudah menyeluruh. Berbalik kepada isu yang ditimbulkan oleh Omar Osman tadi. Katanya, guru berhak untuk tidak hadir ke mesyuarat/kursus yang tiada kaitan dengan bidang tugasnya jika tiada tuntutan perjalanan. Dengarnya macam mudah sahaja. Tetapi hakikatnya apa yang akan berlaku jika guru menolak/tidak hadir ke mesyuarat ataupun kursus ataupun tugas-tugas tertentu (spt koko) tersebut? Sudah tentu nama guru tersebut akan diblack-list!! dan sudah tentu akan memberi kesan kepada markah prestasinya di penghujung tahun!. Perkara ini bukannya senang seperti yang difikirkan. Sedangkan sebelum ini, ramai guru yang terpaksa mendahulukan wang sendiri/menggunakan wang sendiri untuk tujuan tersebut seperti semasa menghantar pelajar ke sukan, xtvt koko dan sebagainya ke peringkat daerah. Jika pelajar tersebut memenangi sesuatu acara, wang saku sendiri juga terpaksa dikeluarkan untuk belanja pelajar tersebut makan. Perkara sedemikian sudah tentu sinonim dengan profesion perguruan. Namun begitu, ramai guru yang diam sahaja dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada tugas guru ataupun membuat sedekah..... bayangkan dari sekolah ke PPD 66km sehala ???????

No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.