Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

28 February 2010

Pembedahan Ayam







SISTEM PENCERNAAN A Y AM
Tuiuan
Melakukan bedah siasat untuk mengenalpasti sistem pencernaan ayam.
Bahan/Radas
Ayam, kepingan papan, benang, set pisau bedah, dulang, sekateur, tukul dan paku dua inci, maker pen, jarum peniti, kertas tisu, sarung tangan, penutup mulut.
Langkah-langkah
1.Sediakan seekor ayam yang telah disembelih dan dicabut bulunya.
2.Letakkan ayam terlentang di atas papan, pakukan kepaknya .. :;-;~-
3.Tekan kedua-dua bahagian paha supaya kaki rata dan terbuka serta pakukan.
4.Buang bahagian kulit yang bertanda garisan bertitik-titik.
5.Bedah bahagian tengah dada hingga ke pangkal ke dua-dua paha.
6.Potong otot dada bahagian yang bertanda 1 dan 2 sepanjang 3sm sehingga tersentuh tulang
dengan pisau.
7.Gunakan sekateur untuk memotong tulang kepak.
8.Keluarkan penutup abdomen dengan menggunting bahagian bertanda 3 dan 4.
9. Perhatikan kedudukan organ
10.Keluarkan organ-organ sistem pencernaan dengan berhati-hati.
11.Rungkai organ dan pamerkan di atas dulang. <-
12. Lakar dan labelkan organ berikut:
Esofagus, tembolok, perut, hempedal, hati, pankreas, pundi hempedu, ,usus dan sekum.
Langkah keselamatan
1.Guna alat yang tajam.
2.Lakukan pembedahan secara berhati-hati.
3.Asingkan lemak yang melekat pad a organ-organ pencernaan dengan cermat.

26 February 2010

Aktiviti Februari

2 Feb Program maju Diri (PMD) Tg.5
3 Feb Latihan Sukan
5 Feb Aktiviti Membuat Kompos
11 Feb Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah
17 Feb Taklimat Sukan
18 Feb Sukantara
19-21 Feb Kem pengawas Sekolah
23 Fen Pra Sukan
24 Feb Raptai Sukan
25 Feb Karnival Sukan Tahunan

22 February 2010

Huraian SP

HSP Sains Pertanian Tingkatan 5

Sukatan

Sukatan Pelajaran

PP Cemerlang

Sebagai Guru ,kita mestilah terus mengekalkan kecemerlangan bagi memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada lima perkara utama yang menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru. Lima perkara utama itu ialah kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah serta minat dan cinta terhadap profesionnya. Setiap faktor ini sering berkait, melengkapi serta bergerak serentak dan beriringan.
Dari segi kekuatan intelek, kita perlu melaksanakan tugas asasi iaitu mengajar dalam bilik darjah. Walaupun ke mana kita memberikan sumbangan dan khidmat, kita perlu mencemerlangkan diri dalam (P&P) di bilik darjah iaitu mengajar yang merupakan tugas hakiki terhadap pelajar. Kita juga perlu menunjukkan kecemerlangan dari aspek kepimpinan. Kita perlu cemerlang dalam organisasi yang dipimpin. Kita perlu bertanggungjawab terhadap kepimpinan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan sahsiah murid.
Kita juga harus menyedari bahawa sebagai pendidik, mereka perlu menjadi suri teladan yang baik atau uswatun hasanah kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Penilaian pelajar, ibu bapa dan masyarakat akan tertumpu kepada peribadi guru khususnya dalam menyampaikan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah.Justeru, selain mempunyai ilmu yang tinggi dan relevan, penampilan diri yang positif, berketerampilan, ketinggian budi pekerti, sikap dan budaya yang positif amat ditu ntut. Kita hendaklah sentiasa profesional, ceria serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan .
Alaf baru menyaksikan gelombang perubahan hasil kemajuan sains, kecanggihan teknologi, dan ledakan ilmu. Kita perlu peka dan sentiasa bersedia untuk turut berubah dalam menghadapi keadaan ini. Kita perlu mempelbagaikan ilmu dan kemahiran dan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam sistem pendidikan kita agar anak-anak didik dapat dipersiapkan untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi.
Kita juga perlu menunjukkan minat dan kecintaan yang mendalam untuk menjalankan tugas secara jujur , ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kita perlu mempunyai ROH GURU agar dapat menjalani dan menggalas tugas untuk mendidik anak bangsa dengan jati diri yang kukuh, berdaya saing , berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

Soalan Ramalan 2010

Soalan Ramalan Sains Pertanian 2010

Kepada pelajar -pelajar yang ingin mendapatkan Soalan Ramalan Sains Pertanian 2010 sila hubunggi Anuar Bin Md Isa (email:mdisanuar@yahoo.com) atau 012-6659066

19 February 2010

Guru berkesan

1.Bersikap profesional.
2.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3.Kaya ilmu.
4.Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5.Bermoral teguh.
6.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11.Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
12.Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15.Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17.Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

18 February 2010

sukantara


Sukantara telah diadakan pada hari ini 18 Feb 2010 , Acara yang dipertandungkan ialah lontar peluru, 100m dan lompat jauh. Semua pelajar terlibat dalam acara tersebut. Markah individu maksima yang boleh diperolehi adalah 4 bagi acara lontar peluru dan lompat jauh.

Penghalang Menempa Kejayaan

Penghalang Menempa Kejayaan
•Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
•Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
•Sikap tidak cakna;
•Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
•Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
•Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
•Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
•Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
•Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.

16 February 2010

Program GC

1. Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Guru Cemerlang di sekolah.

• Pelaksanaan P&P yang berkualiti dan berkesan.

• Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran
• Head Count Mata Pelajaran
• Analisis & Post-Mortem Prestasi Pencapaian Murid
• Pelaksanaan Pelan Tindakan Penambahbaikan

2. Program Pembestarian Guru.
• Tujuan : Untuk menambahkan bilangan Guru Cemerlang .
• Pelaksanaan secara bersiri di Peringkat Daerah ( PPD & MGC Daerah )
• Pengisian :
i. Motivasi & Grooming
ii. Taklimat Kerjaya Guru Cemerlang
iii. Bimbingan Guru Cemerlang / Mentor-mentee
iv. Pembinaan Bahan Projek/Inovasi P&P

3. Projek / Inovasi/Kajian Tindakan Guru Cemerlang
• Setiap Guru Cemerlang perlu merancang & melaksanakan projek/inovasi/kajian penyelidikan pendidikan.
• Lebih banyak hasil Kajian Tindakan Guru Cemerlang akan dibentangkan di dalam Konvensyen Kajian Tindakan Negeri.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat membentangkan projek/inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat dicalonkan sebagai Guru Inovatif di peringkat kebangsaaan.

4. Program Khidmat Bantu Guru Cemerlang
• Bimbingan dan khidmat bantu Guru Cemerlang bagi Sekolah Prestasi Rendah di peringkat daerah.
• Tujuan : Membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran dan peperiksaan awam sekolah.
• Perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman bidang kepakaran mata pelajaran Guru Cemerlang.
• Pendekatan : Perbincangan guru dan Bengkel/Ceramah Teknik Menjawab Soalan.

5. Ditiadakan satu hari waktu P&P Guru Cemerlang di sekolah.
• Terpulang kepada PPD untuk menentukan hari yang ditiadakan waktu P&P di peringkat daerah.
• PPD perlu merancang pengisian untuk Guru Cemerlang di daerah.

6. Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang kurikulum mata pelajaran kepakaran.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang pedagogi
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang penilaian dan pentaksiran pendidikan.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang ICT.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang umum pendidikan.

JSU

Semua guru-guru dikehendaki membina JSU bagi setiap ujian yang hendak dibuat. Ini bagi memastikan segala item yang dikeluarkan dalam ujian mempunyai taburan yang sekata serta mengikut aras kesukaran soalan. % aras kesukaran adalah 50% aras rendah,30% aras sederhana dan 20% aras tinggi.

Penghargaan

Sumbangan / penghargaan Anuar Bin Md Isa
1. Guru Cemerlang Pertanian DG48 2009
2. Naib Yang Dipertua(NYDP) Majlis Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor
2010-2011
3. Jurulatih Utama Sains Pertanian Peringkat Negeri 2004 hingga kini
4. Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2007,2003,2000
5. Sijil Cemerlang Peningkatan Kualiti Sains Pertanian-SPM 2007,2008
6. Pemeriksa Kertas Sains Pertanian SPM 1996 hingga kini
7. Penceramah Seminar Teknik Jawab Soalan Sains Pertanian 2009
8. Penceramah Kursus Peningkatan Keilmuan Guru-Guru Sains Pertanian Selangor 2009
9. Penyelia kawasan PMR 2005 hingga kini
10. Penceramah pengurusan kokurikulum 2007
11. Konvensyen kecemerlangan kokurikulum Kebangsaan 2007
12. Sekolah Pengerusi Sains Pertanian Daerah 2008 hingga kini

Guru Cemerlang

Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang (GC) Hulu Selangor telah dijalankan seperti berikut:
Tarikh:11 Feb 2010,Hari :Khamis,Masa:2.00 ptg., Tempat :Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Kehadiran :40 GC menengah,29 GC rendah , Puan Hamidah (Pen.PPD)dan Ketua-Ketua Unit PPD . Mesyuarat perlantikan jawatankuasa baru telah dijalankan bagi sessi 2010 dan 2011. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang dilantik ,semoga dapat bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memantabkan Majlis GC Daerah ini.Tahniah kepada YDP Pn. Siti Sarah Binti Abd. Malik dan NYDP En. Anuar Bin Md. Isa

11 February 2010

Tuntutan perbatuan

Di sekolah saya, sebelum ini Boss mengatakan tiada tuntutan perjalanan ke mesyuarat/kursus (di luar sekolah). Namun begitu, dalam mesyuarat beberapa minggu selepas itu, Boss mengatakan tuntukan boleh dibuat seperti biasa dan akan dihantar ke PPD. Soal sama ada diluluskan ataupun tidak adalah bergantung kepada PPD. Persoalannya adakah benar kantung kerajaan sudah kering seperti yang dihebohkan sehinggakan peruntukan budget KPM pun dikurangkan 20% untuk tahun 2010? Isu mengenai tuntukan perjalanan hanyalah sebahagian sahaja. Ini sebenarnya termasuk dengan isu tempat berkursus/mesyuarat. Hotel-hotel/resort bukan lagi tempat untuk guru-guru berkursus. Segala kursus/mesyuarat dicadangkan untuk diadakan di sekolah masing atau IPG ataupun di tempat yang seantero dengannya bagi tujuan menjimatkan kos perbelanjaan penginapan. Pada tahun lepas perkara ini sudah bermula sebenarnya, tetapi tidak menyeluruh....tahun ini boleh jadi sudah menyeluruh. Berbalik kepada isu yang ditimbulkan oleh Omar Osman tadi. Katanya, guru berhak untuk tidak hadir ke mesyuarat/kursus yang tiada kaitan dengan bidang tugasnya jika tiada tuntutan perjalanan. Dengarnya macam mudah sahaja. Tetapi hakikatnya apa yang akan berlaku jika guru menolak/tidak hadir ke mesyuarat ataupun kursus ataupun tugas-tugas tertentu (spt koko) tersebut? Sudah tentu nama guru tersebut akan diblack-list!! dan sudah tentu akan memberi kesan kepada markah prestasinya di penghujung tahun!. Perkara ini bukannya senang seperti yang difikirkan. Sedangkan sebelum ini, ramai guru yang terpaksa mendahulukan wang sendiri/menggunakan wang sendiri untuk tujuan tersebut seperti semasa menghantar pelajar ke sukan, xtvt koko dan sebagainya ke peringkat daerah. Jika pelajar tersebut memenangi sesuatu acara, wang saku sendiri juga terpaksa dikeluarkan untuk belanja pelajar tersebut makan. Perkara sedemikian sudah tentu sinonim dengan profesion perguruan. Namun begitu, ramai guru yang diam sahaja dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada tugas guru ataupun membuat sedekah..... bayangkan dari sekolah ke PPD 66km sehala ???????

Guru Cemerlang

SENARAI JAWATANKUASA YANG BARU DILANTIK DALAM MESYUARAT AGUNG YANG DIJALANKAN DI SM SAINS HULU SELANGOR.2010 dan 2011

YANG DIPERTUA : PN. SITI SARAH BINTI ABD. MALEK (SK SERENDAH) - BM

NAIB YANG DIPERTUA : EN. ANUAR BIN MD. ISA (SMK KAMPUNG SOEHARTO) - SPN

SETIAUSAHA : PN. AZMAH BINTI ABD. AZIZ (SMK SERENDAH) - BM

PEN. SETIAUSAHA : PN. HJH. NORISHAH BINTI ABU BAKAR (SK AMPANG PECAH) - SN

BENDAHARI : EN. YAHYA BIN MAMAT (SM SAINS HULU SELANGOR) - MT

PEN. BENDAHARI : PN. NORHAYATI BINTI ABD. AZIZ (SK KKB 1) - BM

AJK

1. PN. SALAMAH UDIN (SMK SERENDAH) - MEDIA
2. PN. SARWESWARI A/P KARUPPIAH (SMK DATO' HJ. KAMARUDDIN) - BI
3. EN. AYUB KAMARUDDIN BIN HJ. YAA'COB (SMK GEDANGSA) - BI
4. PN. LOW LAI FUN ( SMK KUALA KUBU BHARU) - MT
5. PN. NORMAWATI BINTI ABD. RAHMAN (SK SUNGAI CHOH) - SN
6. PN. ROSNIZAR BINTI KASIM (SK KERLING) - BI
7. EN. MOHD. ZAHARI BIN ZAKARIA (SK KKB 1) - MUZIK
8. PN. MAIMUNAH BINTI ABD. AZIZ (SK GESIR TENGAH) - BM

JURUODIT :

1. PN. NOORAMALI BINTI MOHD. RAMLI (SMK BUKIT SENTOSA) - MT
2. EN. SAIFUL NIZAM BIN SAYUTI (SK GEDANGSA) - MT

10 February 2010

Guru oh Guru

Guru oh Guru
• mengajar di dalam kelas?
• diminta untuk relief kelas?
• membuat rancangan pengajaran?
• menanda buku latihan/nota pelajar?
• dilantik menjadi AJK sesuatu program?
• diminta hadir semasa aktiviti kokurikulum?
• diminta membuat soalan peperiksaan/ujian?
• berada di tapak perhimpunan rasmi sekolah?
• diminta menyiapkan sesuatu tugasan atau tindakan segera?
• diminta pandangan/buah fikiran semasa di dalam mesyuarat?
• diminta menghantar pelajar untuk sesuatu pertandingan/aktiviti?
• diminta menghadiri mesyuarat/kursus? (sama ada di dalam/di luar sekolah)
• terpaksa keluar duit poket untuk belanja pelajar makan/minum untuk sesuatu pertolongan daripada mereka?
• diminta membuat kelas tuisyen/kelas tambahan tanpa mengharapkan ganjaran?

08 February 2010

Peralatan

PERALATAN SAINS PERTANIAN
Terima kasih kepada kementerian yang peka dengan mata pelajaran Sains Pertanian.Peralatan yang diminta telah sampai ke sekolah.Peralatan mata pelajaran sains pertanian set lengkap amali fertigasi, , amali penapaian tapai pulut / ubi kayu – dibekalkan dapur gas/ baling gas/ dulang.Untuk amali pembiakan tanaman – sekateur, parafilem, pisau cantuman, “French-gun” dan atifical vigina untuk permanian beradas lembu. dihantar ke sekolah.Juga dibekalkan router utk sambungan internet bagi kerja kursus computer dalam pertanian. Skrin utk tayangan pun dbekalkan.Cuma kamera digital yang belum dihantar

05 February 2010

Video Pembiakan Tut/markod

video

Video Pembedahan Ayam

Hari ni merupakan hari yang amat dinanti-nanti oleh pelajar-pelajar saya..... menjalankan amali pembedahan ayam bagi membuat bedah siasat ke atas sistem pencernaannya. Dari tahun lepas mereka dah 'bising-bising', tak sabar-sabar nak lakukan amali ini. Konon-konon macam kerja forensik.... he he he.. ahli forensik ayam...... Memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, daripada peringkat pembedahan, hinggalah ke peringkat menyusun tiap-tiap organ yang terlibat berserta membuat perlabelan.

Mereka memang 'enjoy' dengan amali ini walaupun bersungut juga tentang kebusukan usus-usus ayam tersebut. Dalam keseronokan menjalankan amali, ada dua kumpulan yang telah meleraikan organ-organ tersebut. Agak lucu jadinya, bila saya paksa mereka menyambung semula organ-organ yang telah mereka ceraikan itu.

Yang paling menarik bila saya minta mereka membelah tembolok, proventrikulus, hempedal dan usus.. supaya mereka tahu apa yang terdapat di dalam organ-organ tersebut... nampaknya mereka agak geli, terutama bila membelah usus yang penuh dengan najis itu. He he he... lucu rasanya....


video

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.