Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

18 August 2010

Nazir memantau SMK Kg.Soeharto

pada 16 dan 17 Ogos 2010 , guru guru SMK Kg.Soeharto....didatanggi oleh Nazir Selangor selama 2 hari. Pelbagai Fail, Laporan,maklumat, dan pelbagai bahan yang perlu disediakan. wow..berpeluh lah guru-guru membawa ke bilik gerakan untuk di periksa.....wow nasib baik lah..waktu ini pelajar tengah menjalani peperiksaan ,oleh itu P & P tidak dapat dicerap....lega lah sikit guru-guru disini. Tujuan utama kahidiran Nazir adalah untuk membuat ujianrintis SKPM 2010 yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Warga SMK Kg.Soeharto berterima kasih kepada pihak nazir yang dapat membantu pihak sekolah dalam menambahbaik semua pengurusan sekolah.

Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain yang berkaitan, maka JNJK menggubal SKPM 2010 yang terdiri daripada lima standard iaitu:

Standard 1 – Kepimpinan dan Hala Tuju

Standard 2 – Pengurusan Organisasi

Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Standard 4 – Pembelajaran dan Pengajaran

Standard 5 – Kemenjadian Murid


16 August 2010

12 August 2010

Seminar Teknik Menjawab Soalan Sains Pertanian

Hari ini saya memberi ceramah teknik menjawab soalan Sains Pertanian
Tempat : SMK Seri Sepang,Bandar Baru Bukit Tinggi , Sepang. Seperti biasa saya memberi panduan teknik menjawab soalan dan juga ramalan kertans soalan SPM tahun 2010.

1. Letakkan sasaran bahan yang hendak dibaca. (Tajuk, muka surat)
2. Baca ‘laju’ untuk mengetahui sepintas lalu kandungan bahan yang hendak dibaca
3. Baca kali kedua dengan pembacaan teliti sambil “highlight” perkataan-perkataan-perkataan penting atau kata kunci.
4. Ulang ‘baca laju’ sambil menumpukan kepada kata kunci yang telah di highlight.
5. Cuba senaraikan kembali kata kunci yang telah di highlight keatas sekeping kertas
6. Olah kembali kata kunci tersebut dengan gaya bahasa sendiri yang anda faham hasil pembacaan tadi
7. Bandingkan huraian anda berdasarkan pemahaman anda tadi dengan kandungan teks asal
8. Ulang langkah diatas sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan kefahaman yang anda perolehi hasil pembacaan itu.

Perhatian:

1. Jangan pentingkan kuantiti pembacaan tetapi kualiti.
2. Jangan terlalu gelojoh dalam membaca. Pastikan anda benar-benar faham sebelum pindah ke muka surat atau bahan bacaan seterusnya.
3. Untuk kiraan baja , belanjawan yang memerlukan pengiraan, elakkan dari sekadar membaca. Banyakkan latih tubi (Latihan pengiraan). Anda tidak akan faham hanya sekadar membaca.


Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.