Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

18 March 2010

Rahsia

Rahsia-rahsia pelajar cemerlang.

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

Teknik Belajar

Teknik Belajar 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]

16 March 2010

Terjah A+ SPM

video

membuat Kompos

APLIKASI PRINSIP BIOTEKNOLOGI (MEMBUAT KOMPOS)
video
Tuiuan
Mengaplikasikan prinsip bioteknologi dengan menghasilkan baja kompos.

Bahan/radas
Bahan/sisa tumbuhan (seperti batang jagung,jerami padi,potongan rumpaij kapur, tinja haiwan, baja nitrogen (seperti urea atau ammonium sulfat), air, penyiram, serampang peladang dan kayu penguji.

Langkah-langkah
1.Bina tapak asas setebal1 0-15 cm daripada bahan kasar seperti batang jagung dan jerami di atas tapak seluas 2-3 meter persegi.
2.Buat lapisan kedua dengan sisa tumbuhan seperti potongan rumpai atau dauQ kering setebal
10-15 cm.
3.Tabur sedikit kapur di atas lapisan itu.
4.Buat lapisan ketiga dengan mengulang langkah kedua di atas.
5.Tabur tinja haiwan di atasnya setebal 2.5 cm.
6.Tabur baja nitrogen rata-rata di atas lapisan tinja haiwan.
7.Ulang langkah 2-6 sehingga timbunan menjadi 1.2 meter tinggi.
8.Tutup lapisan atas dengan bahan kasar.
9. Siram timbunan sehingga lembab.
10.Tutup timbunan dengan guni/plastik atau dirikan pondok.
11.Selepas 4-5 hari eueuk kayu yang lidn dan kering ke dalam timbunan selama 10-15 minit untuk menguji berlakunya proses penguraian dan pereputan.
12.Jika menunjukkan tanda-tanda pereputan berlaku, tunggu sehingga 4 minggu, balik-balikkan eampuran dan bina semula timbunan.

Langkah keselamatan
1.Pastikan timbunan kompos sentiasa lembab.
2.Bahan sisa yang digunakan hendaklah mudah repul.
3.Tutup timbunan daripada hujan lebal.
4.Elak membina timbunan kompos di kawasan air mudah bertakung.

Kem Kepimpinan Kelab Pertanian

video

Kem Kepimpinan

video

Kem Terjah A+ SPM

video

15 March 2010

PTK DG48

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (TK 4) DG 48 (P&P)
BIL 1/2010
SOALAN TUGASAN INDIVIDU
ARAHAN : Jawab satu (1) soalan sahaja
Soalan 1
”Kemuncak matlamat kerjaya perguruan sebenarnya diukur dengan pencapaian murid mereka yang menggapai kejayaan gemilang dan menjana manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.”
Bincangkan keberkesanan program yang telah anda laksanakan bagi mencapai matlamat kerjaya seorang pendidik selaras pernyataan di atas.

Soalan 2
“Untuk mengangkat martabat guru, kesedaran pada diri guru itu amat penting khususnya dalam membuat perubahan paradigma yang perlu membudayakan pendidikan sepanjang hayat, penguasaan disiplin ilmu yang tinggi, berfikiran kreatif, kritis serta inovatif.”

Bagaimanakah anda sebagai pendidik merealisasikan pernyataan di atas?


Soalan 3
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”

Huraikan peranan anda merealisasikan konsep ‘1Malaysia’ melalui program yang dilaksanakan dalam organisasi anda.

Soalan 4
“Kemahiran pengajaran dan pembelajaran merangkumi aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Perancangan mestilah sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil murid.

Bagaimanakah perancangan pengajaran dan pembelajaran seperti dinyatakan di atas berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran dalam organisasi anda?

Soalan 5
“Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.”

Bagaimana anda berusaha untuk menjadi guru yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Soalan 6
”..... kita telah mengubah pendekatan ala sekolah ke ala universiti agar nantinya pelajar yang memasuki universiti dapat mengurus kebebasan dan kejayaan semasa di sana”.

Sebagai pensyarah di kolej matrikulasi, bagaimanakah anda merealisasikan hasrat di atas?

12 March 2010

SPM 2009 : 10 Sekolah Terbaik

SPM 2009 : 10 Sekolah Terbaik
1. Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan
2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak
4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
6. SBPI Rawang, Selangor
7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
8. SBPI Temerloh, Pahang
9. SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

spm 2009

SPM 2009 : 10 Calon Terbaik
1. Gladys Tan Yee Kim (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak)
2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.