Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

31 May 2016

Ramalan Kertas 1- Bab 1

Taburan soalan bagi Bab 1 Pertanian di Malaysia


Kita  dapati  secara puratanya 2 soalan yang akan dikeluarkan dari bab 1 ini. Saya menjangkakan soalan mengenai topik Taburan tanaman dan ternakan  serta Trend pertanian di Malaysia yang akan ditanya pada tahun 2016.


Contoh soalan  Padanan Taburan Tanaman dan ternakan. Pilihan jawapan ada 5 yang perlu dipilih hanya 4 jawapan yang betul.  Jawapan  U, P, Q, dan R














contoh soalan trend pertanian di Malaysia berbentuk gambarajah  paling lemah murid menjawabnya. Kebanyakan soalan sekarang 75% adalah soalan berbentuk gambarajah. Oleh itu diharapkan guru memberi latihan yang banyak dalam soalan bergambarajah.




Saya harap guru dan murid cuba banyakan buat latihan soalan trend dan taburan tnm tersebut bagi memantapkan pengetahuan dalam topik tersebut.

30 May 2016

Kertas 1 Pembahagian soalan



Mulai hari ini  saya akan cuba  memberi sedikit  panduan kepada guru dan murid  mengenai soalan ramalan Sains Pertanian SPM 2016. Semoga ianya menjadi  petunjuk  bagi  hala tuju  murid dalam mengulangkaji pelajaran dalam  mata pelajaran Sains Pertanian.


Soalan Kertas 1 ..Pecahan soalan berdasarkan aras kesukaran
Secara keseluruhan 25 soalan dalam kertas 1 dibahagikan kepada 3 aras kesukaran seperti  dibawah ini
Rendah  =  5  item =  20%
Sederhana = 8 item =  30%
Tinggi(KBAT) = 12 item =  50% 

      


 

   



 Soalan  berbentuk  fakta  banyak ditanya dalam kertas 1 iaitu sebanyak 13 soalan.Oleh yang demikian  murid dikehendaki banyak melakukan soalan latih tubi berbetuk fakta ini.
Tahun 2015  kita dapati  banyak soalan bentuk padanan . 2014  padanan adalah sama banyak iaitu 4 pilihan jawapan dipadankan dengan 4 tempat kosong.  Pada tahun 2015  kita dapati ia telah berubah iaitu  6 pilihan jawapan  dipadankan dengan 4 tempat kosong  ..ini untuk memenuhi soalan bentuk KBAT.... Didapati  murid  lemah dalam menjawab soalan padanan ini...Mungkin tahun ini akan  diubah  5  pilihan jawapan  dipadankan dengan 4 tempat kosong  bagi memudahkan murid menjawab dan  meningkatkan % lulus murid...
Menurut Ketua Pemeriksa Kertas 1 Cikgu Bob...dari analisis  jawapan murid ,,didapati  murid  sukar atau  ramai yang salah dalam menjawab soalan berbentuk ada gambarajah (gambar,gambar foto, jadual, graf dlll).. Oleh yg demikian guru haruslah memberi banyak latihan soalan yang banyak menggunakan gambarajah.


20 May 2016

Kaedah PdP Abad Ke-21



Bagi merealisasikan Pembelajaran Abad 21, guru haruslah lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk murid. Pelbagai kaedah dan strategi p&P boleh digunakan bagi membolehkan murid berkolaborasi dan lebih aktif belajar.

1. Kaedah Jigsaw
a. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan 
b. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada nombor tertentu 1 - 2 - 3 - 4
c. Semua pelajar yang memegang No.1 akan bergerak ke Stesyen No.1 bagi berbincang dengan ahli daripada kumpulan lain yang juga memegang No.1
d. Demikian juga dengan No.2, No.3 dan No.4
e. Selesai perbincangan mengenai topik mereka, pelajar akan kembali ke kumpulan asal dan menjadi pakar bagi topik berkenaan
f. Mereka akan berkongsi hasil perbincangan di group tadi bersama rakan kumpulan asal.


2. Kaedah Make a Match

a. Guru menyiapkan beberapa kad yang tertulis konsep atau topik
b. Setiap pelajar dapatkan sekeping
c. Kemudian mereka akan mencari rakan kelas yang juga memegang kad dengan topik yang sama
d. Pelajar berbincang menyelesaikan tugas secara bersama-sama
e. Pelajar diuji dengan buat persembahan atau kuiz


3. Kaedah Bertukar Pasangan
a. Setiap pelajar mendapat satu pasangan
b. Guru memberikan tugas dan pelajar mengerjakan tugasan dengan pasangan mereka
c. Setelah selesai setiap pasangan bergabung dengan pasangan yang lain
d. Masing-masing akan saling bertanyakan soalan dan mengukuhkan jawapan mereka
e. Hasil perbincangan kemudian dikongsikan semula dengan pasangan asal. 


4. Kaedah Share n Turn
a. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
b. Duduk dengan kawan atau kumpulan
c. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam
          A ke B
          B ke C
          C ke D
          D ke A atau
          Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kita semula yang mengandungi 4 isi atau idea.


5. Kaedah Think Pair Share
a. Berfikir sendirian
b. Bercakap dengan rakan berdua
c. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
d. Rakan yang lain boleh menyoal (soalan diberi oleh guru)


6. Kaedah Gallery Walk
a. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain (guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
b. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumpulan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
c. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.



7. Kaedah Rally Robin
a. Guru menyoal atau bertanya pelajar
b. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
c. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan


8. Kaedah Menyoal dan Bimbing
a. Meminta pelajar menulis soalan di kad
b. Jawapan ditulis di belakang
c. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
d. Kad diserahkan kepada pelajar
e. Masa diberi untuk pelajar baca soalan dan jawapan
f. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal
g. Pemegang kad memberi klu untuk menjawab soalan tersebut
h. Bertukar rakan untuk soal dan jawab


9. Kaedah Idea Rush
a.  Fikir apa yang guru soal
b. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
c. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
d. Kumpulan semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik


10. Kaedah Fan n Pick

a. Duduk dalam kumpulan
b. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri 
   Cth : 1 - 2 -3 - 4
c. Tunggu guru memberi kad
d. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan menjawab soalan
        No. 1 : ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
        No. 2 : menjawab soalan
        No. 3 : menilai jawapan betul atau salah
        No. 4 : merumus jawapan tersebut

Terjah A+ Sains Petanian SPM 2016

Terjah  A+  SPM 2016



Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.