Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

30 November 2013

SPM 4 Dis 2013 Bahagian A

Soalan 1

1.     Seorang penternak lembu tenusu menternak lembu secara komersial di satu kawasan padang ragut.

(a)   Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh.

(b)   Penternak mendapati sebahagian lembunya diserang oleh sejenis penyakit, terangkan tiga cara penternak mengawal penyakit tersebut.
            
(c)   Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah himpitan iklim pada ternakannya.

(d)   Nyatakan satu bahan untuk merawat penyakit.

Jawapan

1  (a)  Mengatasi masalah Kekurangan tenaga buruh

i.       Menggunakan alat mekanisasi ladang/teknologi baru
-          Menggunakan alatan moden/mesin-mesin
-          Contoh: alat membaja/menyiram/mengawal perosak/mesin pemerah susu/ mesin memberi makan dan minum
-          Mesin dikendali seorang sahaja/tidak perlu ramai pekerja

ii.      Menggunakan tenaga buruh asing
-          Mengambil pekerja asing dari luar/ pekerja Indonesia/ Bangladesh dll
-          Upah yang murah

iii.     Tenaga kerja ahli keluarga/ derauan
-          Anak-anak/ saudara mara/ orang kampong secara bergotong royong

iv.     Kerja kontrak
-          Mengupahkan kepada kontraktor dengan menetapkan bayaran dan tempoh masa yang ditetapkan
(b) Cara mengawal penyakit ternakan
1.         Pengawalan vektor
-            Kawalan organisma pembawa penyakit/ pathogen/ virus/ bakteria/ kulat
-            Vektor seperti lalat/ lipas/ burung
-            Dengan menutup reban/ amalan sanitasi/ sembur racun

2.         Amalan sanitasi
-            Kawasan sentiasa bersih/ basmi kuman sebelum masukkan ternakan
-            Bersihkan tinja/ sampah/ rumpai yang panjang/ bersihkan persekitaran
-            Dapat mengelak tempat pembiakan/ perumah parasit
-            Air minuman yang bersih

3.         Penghapusan
-            Serangan kronik/ penyakit tiada ubat/vaksin/ penyakit merbahaya
-            Secara membunuh/ ditanam/ dibakar
-            Untuk mengelak penyakit merebak kepada ternakan lain/manusia

4.         Pemvaksinan
-            Bahan antigen
-            Merangsang penghasilan antibodi
-            Memberi keimunan terhadap penyakit
-            Kaedah pengawalan (suntikan/ campur dalam makanan)
-            Contoh vaksin (Ranikhet F/Fowl pox/ H120)

5.         Penakaian
-            Pengasingan ternakan berpenyakit daripada ternakan lain
-            Mengelak penyakit berjangkit
-            Mengelakkan sentuhan/ hembusan nafas/ cecair badan mengenai ternakan lain

6.         Pemberian makanan seimbang
-            Mengandungi semua nutrien yang diperlukan
-            Mengandungi semua kelas makanan
-            Kuantiti yang betul dan cukup


           (c) Cara mengurangkan cuaca panas (Himpitan Iklim)
1.      Perumahan yang sesuai/sempurna
-        Menyediakan bangunan/kandang/reban
-        Ruang mencukupi/ lantai luas
-        Pengudaraan yang baik
-        Cahaya yang cukup/bangunan memanjang arah utara selatan
-        Meletakkan lindungan seperti jaring hitam untuk mengelak cahaya matahari yang terik

2.    Menyediakan naungan/lindungan
-        Tempat ternakan berteduh/ mengelakkan pancaran matahari yang terik
-        Menanam pokok naungan/ menyediakan bangsal di kawasan ragutan
-        Pokok yang rendang/tidak toksid@beracun/tidak berduri/ bangsal yang tinggi 3-4 meter.

3.    Ragutan waktu malam
-        Waktu malam suhu rendah/ sejuk
-        Ternakan lebih banyak mengambil makanan daripada minum
-        Dapat mengelakkan ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran


(d)  Racun cacing/ Racun parasit luar/ antiseptik/ antibiotik/vaksin/ nama-nama vaksin           
                                                                                                 

1. 1.    Rajah 1 menunjukkan perbualan tentang isu dan masalah pertanian di Malaysia.
i)Produktiviti
ii)Ketidakstabilan harga
 



              iii. Penyebaran teknologi




(a)  i. Nyatakan isu pertanian tersebut


      ii. Terangkan cara mengatasi setiap isu yang anda nyatakan.


a.   Masalah Produktiviti
-     Mengabungkan ladang kecil menjadi ladang kelompok / mini estet.
-     Penggunaan teknologi /mekanisasi/ komputer terkini.
-     Mengiatkan program latihan dan bimbingan kpd  petani- lebih mahir.
-     Menguruskan sumber pengeluaran dengan lebih cekap/efisien.

b.   Ketidakstabilan harga
-          Merancang aktiviti perladangan supaya daya pengeluaran hasil optimum.
-          Memproses hasil tanaman dgn lebih cekap / efisien.
-          Mempelbagaikan produk tanaman.
-          Agensi kerajaan membeli lebihan hasil perladangan.
-          Menghapuskan penggunaan orang tengah.
-          Memperkenalkan harga siling(harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan)
-          Mencari alternatif tempatan (contoh:makanan ternakan  diproses daripada bahan buangan perladangan)

c.     Penyebaran dan pengamalan  teknologi
-          Mengadakan lawatan ke ladang.
-          Memberi  khidmat dan nasihat
-          Memberi latihan .
-          Penggunaan media massa secara meluas
-          Contoh agensi kerajaan : Jab. Pertanian, MARDI, JPH

    d.    Pendidikan dan latihan
-          Menyediakan petani yang berdaya maju /  bermaklumat.
-          Memajukan aktiviti industri hiliran pertanian. [Industri Kecil Sederhana spt: Jus Rosell, Menjeruk buah-buahan]
-          Meningkatkan pendidikan formal- Pelajar sekolah sehingga universiti.

   e.   Penghijrahan penduduk
-          Membawa industri  yang sesuai ke desa.
-          Menggalakkan belia mengusahakan bidang pertanian di desa.
  
   f.    Pencemaran alam sekitar
-          Membina rumah kalis serangga
-          Meluaskan teknik kawalan biologi
-          Menguatkuasakan undang-undang
-          Mengamalkan kawalan serangga secara bersepadu
-          Mengamalkan tanaman secara organik (menggunakan baja organik)
-          Pendidikan mengenai alam sekitar .
-          Kempen pemeliharaan alam sekitar  - media massa







2 comments:

  1. Askum cikgu...ramalan untuk kertas 1 ada tak...tq..

    ReplyDelete
  2. Askum cikgu...ramalan untuk kertas 1 ada tak...tq..

    ReplyDelete

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.