Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

16 February 2010

Program GC

1. Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Guru Cemerlang di sekolah.

• Pelaksanaan P&P yang berkualiti dan berkesan.

• Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran
• Head Count Mata Pelajaran
• Analisis & Post-Mortem Prestasi Pencapaian Murid
• Pelaksanaan Pelan Tindakan Penambahbaikan

2. Program Pembestarian Guru.
• Tujuan : Untuk menambahkan bilangan Guru Cemerlang .
• Pelaksanaan secara bersiri di Peringkat Daerah ( PPD & MGC Daerah )
• Pengisian :
i. Motivasi & Grooming
ii. Taklimat Kerjaya Guru Cemerlang
iii. Bimbingan Guru Cemerlang / Mentor-mentee
iv. Pembinaan Bahan Projek/Inovasi P&P

3. Projek / Inovasi/Kajian Tindakan Guru Cemerlang
• Setiap Guru Cemerlang perlu merancang & melaksanakan projek/inovasi/kajian penyelidikan pendidikan.
• Lebih banyak hasil Kajian Tindakan Guru Cemerlang akan dibentangkan di dalam Konvensyen Kajian Tindakan Negeri.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat membentangkan projek/inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat dicalonkan sebagai Guru Inovatif di peringkat kebangsaaan.

4. Program Khidmat Bantu Guru Cemerlang
• Bimbingan dan khidmat bantu Guru Cemerlang bagi Sekolah Prestasi Rendah di peringkat daerah.
• Tujuan : Membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran dan peperiksaan awam sekolah.
• Perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman bidang kepakaran mata pelajaran Guru Cemerlang.
• Pendekatan : Perbincangan guru dan Bengkel/Ceramah Teknik Menjawab Soalan.

5. Ditiadakan satu hari waktu P&P Guru Cemerlang di sekolah.
• Terpulang kepada PPD untuk menentukan hari yang ditiadakan waktu P&P di peringkat daerah.
• PPD perlu merancang pengisian untuk Guru Cemerlang di daerah.

6. Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang kurikulum mata pelajaran kepakaran.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang pedagogi
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang penilaian dan pentaksiran pendidikan.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang ICT.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang umum pendidikan.

JSU

Semua guru-guru dikehendaki membina JSU bagi setiap ujian yang hendak dibuat. Ini bagi memastikan segala item yang dikeluarkan dalam ujian mempunyai taburan yang sekata serta mengikut aras kesukaran soalan. % aras kesukaran adalah 50% aras rendah,30% aras sederhana dan 20% aras tinggi.

Penghargaan

Sumbangan / penghargaan Anuar Bin Md Isa
1. Guru Cemerlang Pertanian DG48 2009
2. Naib Yang Dipertua(NYDP) Majlis Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor
2010-2011
3. Jurulatih Utama Sains Pertanian Peringkat Negeri 2004 hingga kini
4. Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2007,2003,2000
5. Sijil Cemerlang Peningkatan Kualiti Sains Pertanian-SPM 2007,2008
6. Pemeriksa Kertas Sains Pertanian SPM 1996 hingga kini
7. Penceramah Seminar Teknik Jawab Soalan Sains Pertanian 2009
8. Penceramah Kursus Peningkatan Keilmuan Guru-Guru Sains Pertanian Selangor 2009
9. Penyelia kawasan PMR 2005 hingga kini
10. Penceramah pengurusan kokurikulum 2007
11. Konvensyen kecemerlangan kokurikulum Kebangsaan 2007
12. Sekolah Pengerusi Sains Pertanian Daerah 2008 hingga kini

Guru Cemerlang

Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang (GC) Hulu Selangor telah dijalankan seperti berikut:
Tarikh:11 Feb 2010,Hari :Khamis,Masa:2.00 ptg., Tempat :Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Kehadiran :40 GC menengah,29 GC rendah , Puan Hamidah (Pen.PPD)dan Ketua-Ketua Unit PPD . Mesyuarat perlantikan jawatankuasa baru telah dijalankan bagi sessi 2010 dan 2011. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang dilantik ,semoga dapat bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memantabkan Majlis GC Daerah ini.Tahniah kepada YDP Pn. Siti Sarah Binti Abd. Malik dan NYDP En. Anuar Bin Md. Isa

11 February 2010

Tuntutan perbatuan

Di sekolah saya, sebelum ini Boss mengatakan tiada tuntutan perjalanan ke mesyuarat/kursus (di luar sekolah). Namun begitu, dalam mesyuarat beberapa minggu selepas itu, Boss mengatakan tuntukan boleh dibuat seperti biasa dan akan dihantar ke PPD. Soal sama ada diluluskan ataupun tidak adalah bergantung kepada PPD. Persoalannya adakah benar kantung kerajaan sudah kering seperti yang dihebohkan sehinggakan peruntukan budget KPM pun dikurangkan 20% untuk tahun 2010? Isu mengenai tuntukan perjalanan hanyalah sebahagian sahaja. Ini sebenarnya termasuk dengan isu tempat berkursus/mesyuarat. Hotel-hotel/resort bukan lagi tempat untuk guru-guru berkursus. Segala kursus/mesyuarat dicadangkan untuk diadakan di sekolah masing atau IPG ataupun di tempat yang seantero dengannya bagi tujuan menjimatkan kos perbelanjaan penginapan. Pada tahun lepas perkara ini sudah bermula sebenarnya, tetapi tidak menyeluruh....tahun ini boleh jadi sudah menyeluruh. Berbalik kepada isu yang ditimbulkan oleh Omar Osman tadi. Katanya, guru berhak untuk tidak hadir ke mesyuarat/kursus yang tiada kaitan dengan bidang tugasnya jika tiada tuntutan perjalanan. Dengarnya macam mudah sahaja. Tetapi hakikatnya apa yang akan berlaku jika guru menolak/tidak hadir ke mesyuarat ataupun kursus ataupun tugas-tugas tertentu (spt koko) tersebut? Sudah tentu nama guru tersebut akan diblack-list!! dan sudah tentu akan memberi kesan kepada markah prestasinya di penghujung tahun!. Perkara ini bukannya senang seperti yang difikirkan. Sedangkan sebelum ini, ramai guru yang terpaksa mendahulukan wang sendiri/menggunakan wang sendiri untuk tujuan tersebut seperti semasa menghantar pelajar ke sukan, xtvt koko dan sebagainya ke peringkat daerah. Jika pelajar tersebut memenangi sesuatu acara, wang saku sendiri juga terpaksa dikeluarkan untuk belanja pelajar tersebut makan. Perkara sedemikian sudah tentu sinonim dengan profesion perguruan. Namun begitu, ramai guru yang diam sahaja dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada tugas guru ataupun membuat sedekah..... bayangkan dari sekolah ke PPD 66km sehala ???????

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.