Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

04 November 2014

amali kemasakan buah


1.    Kesan Kalsium Karbida (CaC2)  ke atas kemasakan buah

Alat: Bekas plastik, kain
Bahan: Pisang mentah, air, Kalsium Karbida
                                                                                    
            Langkah Eksperimen:
1.      Sediakan dua buah bekas plastic bertudung
2.      Bersih dan keringkan bekas plastic
3.      Tandakan bekas A dan bekas B
4.      Pilih 4 biji pisang mentah (hijau) yang sama kematangannya
5.      Masukkan 2 biji bagi setiap bekas plastik (Bekas A dan Bekas B)
6.      Bungkus seketul kecil kalsium karbida (CaC2) dengan kain
7.      Masukkan kalsium karbida (CaC2) dalam bekas A
8.      Renjis sedikit air pada kain pembungkus kalsium karbida (CaC2)
9.      Tutup Bekas A dan Bekas B
10.   Biarkan 2 hari pada suhu bilik
11.   Lihat perbezaan warna kemasakan buah dalam Bekas A dan Bekas B

           Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen:
-  Jauhi punca api dari kawasan eksperimen
-  Bekas berisi buah yang digunakan sebagai kawalan tidak diletak berhampiran
   dengan buah yang dirawat dengan kalsium karbida
-  Gunakan buah yang bersih, kematangan yang sama, bebas penyakit / perosak
   dan tiada sebarang kecederaan.

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.