Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

25 March 2011

Program Peningkatan Akademik Terbilang Selangor


Mesyuarat Program Peningkatan Akademik Terbilang Selangor telah diadakan pada
Tarikh: 24 Mac 2011
Masa ; 9.00-5.00 ptg.
Tempat : Dewan Utama JPS
Peserta: Panel Pengubal soalan selaras percubaan SPM,PMR,UPSR Selangor 2011
Penganjur: Sektor Akademik JPS,MPSM,MGBSR dan Majlis Guru Cemerlang Negeri Selangor


Pengurusan Peperiksaan Percubaan
i. Peperiksaan Percubaan merupakan satu program nilai tambah untuk murid sebelum menghadapi peperiksaan awam. Bagi peringkat sekolah menengah, program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Pengetua-pengetua Sekolah Menengah (MPSM) negeri Selangor. Sementara sekolah rendah oleh Majlis Guru-guru Besar Sekolah Rendah (MGBSR) negeri Selangor . Peperiksaan Percubaan dalam konteks negeri Selangor meliputi Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR, SPM . Oleh itu, aspek kerahsiaan, keselamatan soalan, pengurusan dan perjalanan peperiksaan tersebut perlu diberi perhatian yang serius.
ii. Soalan dan pemarkahan akan disediakan oleh Panel Mata Pelajaran yang dilantik. Panel adalah terdiri daripada guru-guru cemerlang . Soalan-soalan akan diuruskan oleh pihak MPSM bagi sekolah menengah dan MGBSR bagi sekolah rendah. Skema pemarkahan bagi setiap mata pelajaran akan diedar secara berasingan. Sistem gred ditetapkan oleh pihak penganjur.
iv. Bagi tujuan penyelarasan dan kerahsiaan peperiksaan, semua sekolah dikehendaki akur dan patuh pada jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan.
v. Kertas soalan akan dihantar terus ke sekolah oleh syarikat pencetakan selewat-lewatnya seminggu sebelum peperiksaan. Bilangan kertas soalan yang dikirimkan biasanya akur dengan borang pesanan. Sekiranya tidak akur, sekolah boleh membuat tuntutan semula dengan mengisi borang yang telah ditetapkan.
vi. Kertas soalan berkenaan hendaklah disimpan di Bilik Operasi Peperiksaan atau Bilik Pengetua untuk tujuan keselamatan dan kerahsiaan.
vii. Bagi sekolah-sekolah swasta, semua kertas soalan disimpan di sekolah terdekat (dimaklumkan oleh Pengerusi Percetakan) dan diambil setiap pagi pada hari peperiksaan.
viii. Skema pemarkahan daripada Pengerusi MPSM daerah masing-masing akan diedarkan melalui pengetua.
ix. Skema pemarkahan hendaklah disimpan oleh pengetua dan diberikan kepada guru pemeriksa (guru mata pelajaran) selepas peperiksaan mata pelajaran berkenaan. Skema ini tidak boleh diedarkan kepada murid sehingga semua urusan pemarkahan selesai.
x. Pembayaran kos percetakan soalan perlu dibuat apabila sekolah menerima tuntutan daripada pengerusi percetakan.

No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.