Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

20 April 2010

Fertikits



Pelajaran Sains Pertanian bagi Menengah Atas dan KHB (Pertanian ) Bagi Menengah bawah di sekolah Daerah Hulu Selngor mendapat bonus dari MARDI dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor menganjurkan program Satu Sekolah Satu Fertikits. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti pertanian yang boleh diusahakan dengan kaedah fertigasi dan teknologi ini boleh dijadikan sebagai alat bantuan mengajar dimana kaedah penanamannya boleh dilakukan dalam bilik darjah.
Kepada sekolah yang terlibat diucapkan tahniah kerana terpilih sebagai peserta dan akan menerima satu set fertikits sumbangan pihak MARDI.
Sekolah berkenaan ialah SMK Syed Mashor, SMK Kg. Soeharto, SMK Serendah, SMK Sungai Choh, SMK Bukit Sentosa, SMK Bandar Baru Batang Kali, SMK Gedangsa, SMK Bukit Sentosa 2, SMK Kalumpang, SK Ulu Yam Bharu, SJK T Ladang Batang Kali dan SJK C Batang Kali.
Makluman program adalam seperti berikut:
Tarikh : 18 April 2010 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Suluh Budiman, SMK Syed Mashor
Perasmi : Yang Berhormat Datuk Seri (Dr) Noh bin Haji Omar
Menteri Pertanian Industri Asas Tani Malaysia.
Tahniah kepada yang terlibat, hadir bersama guru dan ahli persatuan ibu bapa sekolah masing-masing bagi menjayakan majlis tersebut.

15 April 2010

Mini Maha


Program MOA Bersama Rakyat
Program MOA Bersama Rakyat diadakan pada 16 hingga 18 April 2010 bertempat di FELDA Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam. Perasmian akan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 18 April 2010, jam 8.30 malam. Semua dijemput hadir & pelbagai aktiviti disediakan seperti :
• PAMERAN DAN JUALAN PRODUK PERTANIAN
• CERAMAH AGAMA
• DEMONSTRASI MASAKAN,
• PERTANDINGAN FUTSAL,
• PERTANDINGAN GUBAHAN,
• PERTANDINGAN MEWARNA
• PERTANDINGAN KARAOKE

12 April 2010

Mini Maha




Program Mini MAHA diadakan pada 9 hingga 11 April 2010 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam. Perasmian akan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 10 April 2010, jam 8.30 malam. Semua dijemput hadir & pelbagai aktiviti disediakan seperti :
• PAMERAN DAN JUALAN PRODUK PERTANIAN
• CERAMAH AGAMA
• DEMONSTRASI MASAKAN,
• PERTANDINGAN FUTSAL,
• PERTANDINGAN GUBAHAN,
• PERTANDINGAN MEWARNA
• PERTANDINGAN KARAOKE

08 April 2010

bumi hijau



Kertas kerja Bumi Hijau
Program telah dijalankan pada 7 April 2010 peringkat sekolah. Ia telah dirasmikan oleh wakil Jabatan Pertanian.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-9
(RMK-9) kerajaan memberikan tumpuan
kepada 10 jenis herba iaitu:
1. tongkat ali
2. pegaga
3. misai kucing
4. hempedu bumi
5. kacip fatimah
6. mengkudu
7. dokong anak
8. halia
9. mas cotek
10. limau purut
maklumat kertas kerja sila klik "Bumi Hijau"

03 April 2010

Lawatan PM



Pada 3 April 2010 , Felda Gugusan Sg.Dusun menjadi tempat yang bersejarah. Ini kerana PM Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak melakukan lawatan sehari ke kawasan Felda di Selangor iaitu Felda Sg.Tengi Selatan,Felda Sg.Tengi ,Felda Soeharto dan Felda Gedangsa.Allahyarham Tun Razak bersama Presiden Soeharto (Indonesia) pernah hadir ke Felda Soeharto pada tahun 80 an. Setelah 30 tahun anaknya pula sebagai PM datang ke kawasan felda di selangor ini. Di Felda Sg. Tengi ,beliau melancarkan Syarikat Ehsan dan menyampaikan anugerah kecemerlangan STPM,SPM,PMR dan UPSR daerah Hulu Selangor. Di Felda Soeharto pula beliau telah melancarkan Perumahan 250 Generasi Ke-2 dan menghadiri Majlis Perkahwinan anak peneroka. Manakala di Felda Gedangsa beliau sembahyang zohor di Masjid gedangsa dan menyampaikan geran tanah tambahan 2 ekar kepada peneroka baru. Beliau juga menziarahi AJK Umno Kg. Rahmat yang meninggal dunia pada hari itu. Setelah itu beliau ke Kuala Kubu Bharu. Kami warga Felda sangat terharu dan gembira atas lawatan sehari beliau.

02 April 2010

Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Bajak Sepak

Bajak Sepak

01 April 2010

Guru Cemerlang

TARIKH : 1 APRIL 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN BESAR, KISAS KLANG
MASA : 8.30 PAGI
PERASMI : PENGARAH PELAJARAN JPNSDE

Sila hubungi YDP daerah masing-masing untuk mendapatkan Notis Mesyuarat Agung , Borang Usul dan surat rasmi panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh JPNSDE.

ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI SELANGOR

KALI KE-5 SESI 2010/2012
8.30 pg – 9.00 pg : Pendaftaran Peserta
9.00 pg – 10.00 pg : Bacaan Doa & Peranan Guru Cemerlang oleh Tn Hj Zainal Bin Sudin
10.00 pg – 11.00 pg : Ucaptama & Perasmian oleh Tn. Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
11.00 pg – 11.30 pg : REHAT
11.30 pg : Mesyuarat Agung MGCNS Kali ke-5

1. Ucapan Yang Dipertua MGCNS Sesi 2008/2010
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-4 Sesi 2008/2010
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Aktiviti Tahun 2008-2010 - Peringkat Negeri & Peringkat Daerah
5. Pembentangan Penyata Kewangan 2008-2010
6. Pembubaran AJK 2008/2010
7. Perlantikan AJK 2010/2012
8. Perlantikan Juru Audit
9. Pembentangan dan Pembahasan Usul/Cadangan
10. Ucapan Penangguhan YDP MGCNS Sesi 2010/2010

Pengurusan Panatia

Pengurusan Pengajaran dan pembelajaran

Teknologi Pertanian

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.