Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

01 October 2010

1 MALAYSIA

1MALAYSIA-NILAI -NILAI ASPIRASI _______________________________________________________________

1. BUDAYA BERPRESTASI TINGGI :

Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa yang "acuh tak acuh" tidak boleh wujud dalam masyrakat yang berdaya maju.

2. BUDAYA KETEPATAN :

Sebagai rakyat negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3. BUDAYA ILMU:

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hari.

4. INTEGRITI :

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

5. KETABAHAN :

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

6. KESETIAAN :

Kesetiaan sepenuhnya kepada Negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta.

7. KEBIJAKSANAAN :

Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berkhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

perasaan mana-mana pihak yang lain.

8. BUDAYA INOVASI :

Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mempu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.