Ramalan Sains Pertanian SPM 2012

WOW!!!!! MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2014???????? Perancangan 2015 Panitia Sains Pertanian ....sila muatnaik pada bahagian Panitia Sains Pertanian...terkini terkini...soalan soalan percubaan negeri-negeri terpilih... Soalan jangkaan keluar SPM 2014 ......terkini . .

12 August 2010

Seminar Teknik Menjawab Soalan Sains Pertanian

Hari ini saya memberi ceramah teknik menjawab soalan Sains Pertanian
Tempat : SMK Seri Sepang,Bandar Baru Bukit Tinggi , Sepang. Seperti biasa saya memberi panduan teknik menjawab soalan dan juga ramalan kertans soalan SPM tahun 2010.

1. Letakkan sasaran bahan yang hendak dibaca. (Tajuk, muka surat)
2. Baca ‘laju’ untuk mengetahui sepintas lalu kandungan bahan yang hendak dibaca
3. Baca kali kedua dengan pembacaan teliti sambil “highlight” perkataan-perkataan-perkataan penting atau kata kunci.
4. Ulang ‘baca laju’ sambil menumpukan kepada kata kunci yang telah di highlight.
5. Cuba senaraikan kembali kata kunci yang telah di highlight keatas sekeping kertas
6. Olah kembali kata kunci tersebut dengan gaya bahasa sendiri yang anda faham hasil pembacaan tadi
7. Bandingkan huraian anda berdasarkan pemahaman anda tadi dengan kandungan teks asal
8. Ulang langkah diatas sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan kefahaman yang anda perolehi hasil pembacaan itu.

Perhatian:

1. Jangan pentingkan kuantiti pembacaan tetapi kualiti.
2. Jangan terlalu gelojoh dalam membaca. Pastikan anda benar-benar faham sebelum pindah ke muka surat atau bahan bacaan seterusnya.
3. Untuk kiraan baja , belanjawan yang memerlukan pengiraan, elakkan dari sekadar membaca. Banyakkan latih tubi (Latihan pengiraan). Anda tidak akan faham hanya sekadar membaca.


No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.

Berita Semasa.

Loading...