Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

17 June 2010

Tugas Guru

Pelbagai tugas guru telah dikurangkan yang diumumkan oleh menteri Pelajaran tempoh hari .Pada umumnya mengatakan, guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai tugas. Mana mana kakitangan awam mempersoalkan beban tugas diperbesarkan seenaknya mengikut cita rasa masing-masing. Itu hak masing-masing. Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini, antara beban kerja dan keinginan bekerja. Sebelum mendapat pekerjaan setiap kita begitu inginkan pekerjaan itu, dengan harapan hidup lebih terjamin. Namun bila sudah mempunyai pekerjaan, pelbagai cara dan pendekatan orang bekerja mengikut tafsiran, kefahaman dan keinginan untuk bekerja masing-masing. Kepada orang-orang yang tidak mempunyai pekerjaan, mereka memikirkan alangkah baik jika mereka juga memperoleh pekerjaan sebagaimana kita semua yang bernasib baik mendapat pekerjaan.

Dalam tugas guru di sekolah hari saya akui memang banyak yang perlu diuruskan guru. Namun demikian, dunia hari ini sangat berbeza dengan sepuluh tahun yang lalu. Kepada orang-orang yang sangat cintakan pekerjaannya mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan pendekatan untuk memastikan pekerjaan yang dilakukannya sebijak dirinya dan zaman yang serba moden ini. Kita boleh melihat, dalam zaman yang serba moden ini, manusia melakukan pekerjaan dengan mengekploitasi sebanyak mungkin teknologi yang ada agar pekerjaan yang dilakukannya dilihat sangat berkualiti oleh orang lain dan memberikan kesan yang sangat positif kepada dirinya sendiri. Begitulah juga dengan tugas guru di sekolah. Hampir setiap hari, bulan dan tahun, kita melakukan kerja-kerja rutin yang kita ulang-ulang sehingga kita bersara dari jawatan guru. Namun, sejauh mana kita mengambil peluang menggunakan kemudahan dan teknologi moden ke dalam kerja kita di sekolah rasanya tidak seiring dengan perkembangan teknologi itu sendiri. Sepatutnya, semua kerja kita menjadi lebih mudah dan tidak membebankan sekiranya kita seiring dengan teknologi moden hari ini. Sebagai contoh, hampir semua urusan hari ini boleh diurus dihujung jari melalui kemudahan ICT, di mana saja dan pada bila-bila masa. Namun, jarang sekali kita lihat, keadaan ini berlaku di sekolah. Entah mengapa, kita begitu tradisional dan konvensional. Kita masih terikut-ikut dengan pengalaman yang kita hadapi dengan guru-guru kita dahulu, wpun sebahagiannya kita sendiri tidak menyukainya. Inilah yang dikatakan, dunia canggih tetapi kita masih jauh ketinggalan

No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.