Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

15 March 2010

PTK DG48

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (TK 4) DG 48 (P&P)
BIL 1/2010
SOALAN TUGASAN INDIVIDU
ARAHAN : Jawab satu (1) soalan sahaja
Soalan 1
”Kemuncak matlamat kerjaya perguruan sebenarnya diukur dengan pencapaian murid mereka yang menggapai kejayaan gemilang dan menjana manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.”
Bincangkan keberkesanan program yang telah anda laksanakan bagi mencapai matlamat kerjaya seorang pendidik selaras pernyataan di atas.

Soalan 2
“Untuk mengangkat martabat guru, kesedaran pada diri guru itu amat penting khususnya dalam membuat perubahan paradigma yang perlu membudayakan pendidikan sepanjang hayat, penguasaan disiplin ilmu yang tinggi, berfikiran kreatif, kritis serta inovatif.”

Bagaimanakah anda sebagai pendidik merealisasikan pernyataan di atas?


Soalan 3
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”

Huraikan peranan anda merealisasikan konsep ‘1Malaysia’ melalui program yang dilaksanakan dalam organisasi anda.

Soalan 4
“Kemahiran pengajaran dan pembelajaran merangkumi aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Perancangan mestilah sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil murid.

Bagaimanakah perancangan pengajaran dan pembelajaran seperti dinyatakan di atas berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran dalam organisasi anda?

Soalan 5
“Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.”

Bagaimana anda berusaha untuk menjadi guru yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Soalan 6
”..... kita telah mengubah pendekatan ala sekolah ke ala universiti agar nantinya pelajar yang memasuki universiti dapat mengurus kebebasan dan kejayaan semasa di sana”.

Sebagai pensyarah di kolej matrikulasi, bagaimanakah anda merealisasikan hasrat di atas?

No comments:

Post a Comment

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.