Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

30 July 2015

Pembiakan Tut


6. PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA TUT/MARKOT
Tuiuan
Melakukan pembiakan tumbuhan secara tut (markot)
Bahan/Alatan
Tumbuhan yang sesuai (seperti pokok puding dan jambu batu), campuran tanah 2:1, helaian plastik lut sinar 20 cm x 30cm, tali rafia, hormon pengakaran, pisau cantuman, dan sekateur
Langkah-Iangkah
1.         Sediakan medium tut yang mengandungi 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organik.
2.         Lembabkan medium dengan air sehingga melekit dan bentukkannya menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.
3.         Pilih dahan atau ranting yang sesuai (sederhana tua, berdiameter 1 - 2 cm).
4.         Potong ranting kecil dan daun pada tempat yang hendak dilakukan tut.
5.         Buatkan dua kelaran mengikut liIitan ranting berjarak 3 – 4cm.
6.         Buatkan satu kelaran memanjang antara dua kelaran di atas.
7.         Tanggalkan semua kulit yang terletak antara dua kelaran itu.
8.         Kikis lapisan kambium.
 9.    Sapu hormon pengakaran pad a bahagian kelaran atas.
10.     Bahagikan bebola medium kepada dua bahagian dan lekapkan pada sekeliling kelaran itu.
11.     Balut dengan plastik lut sinar.
12.     Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium dengan kemas.
13.     Perhatikan pertumbuhan akar selepas 2 - 3 minggu.
Langkah keselamatan
1.         Gunakan pisau yang tajam dan bersih.
2.         Kikis lapisan kambium sehingga habis. 


25 January 2015

amali badah ayam

Amali bedah ayam telah dijalankan pada 19 jan 2012...pelajar dapat mencapai objektif pembedahan ayam...
pelajar seronok menjalankan amali tersebut dan selepas pembedahan  mereka membuat ayam KFC daripada hasil pembedahan tersebut

06 November 2014

hidroponik takung

Penanaman sayuran kaedah hidroponik takung  
(a)  Alat : Takung @ bekas / polistirena/ pot@bakul keci, pisau, EC meter, pH meter
                         Bahan : biji benih, larutan baja A dan B, Span@benang@kapas, air  2 markah

            (b)  Langkah Eksperimen:  11 markah 
         1.  Bersihkan takungan dan kepingan polistiren
         2.  Buat lubang pada kepingan polistirena
                         3.  Isikan air ke dalam takungan  ¾  penuh
                         4.  Tutup takung dengan polistirena
                      5.  Masukkan benang/ span ke dalam pot hingga terkeluar di bawah pot (boleh         terkena air.
                      6.  Masukkan pot ke dalam lubang polistirena
                      7.  Masukkan larutan baja A dan kacau dengan rata
                        8.  Masukkan larutan baja B dan kacau dengan rata
                        9.  Masukkan 3-5 biji benih ke dalam pot
                      10. Periksa kandungan nutrien menggunakan EC meter
                      11. Periksa pH larutan menggunakan pH meter
                      12. Periksa paras air dalam takungan (kena pada bebenang/span)
  
            (c)  Perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan kejayaan eksperimen:  
                        2 markah  untuk 2  langkah penjagaan 
       -Masukkan laritan baja A dan B berasingan
                       -Bebenang sentiasa lembap/kena pada air
                       -Kandungan nutrien cukup
                      -Ada ruang udara antara larutan baja dan polistiren
                      -padatkan bebenang

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

05 November 2014

Amali Tut/Markot



1.    Langkah melakukan eksperimen membuat tut/ markot

 Alatan :    Plastik lutsinar, tali raffia/tali,pisau cantuman/sekateur.
 Bahan  :   Tanaman yang sesuai (puding/jambu mawar), campuran  tanah    
                              (2:1)/ Jiffy-7, hormon pengakaran.

Perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan amali:
1.    Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2.    Kikis lapisan kambium sehingga habis.
3.    Balut dengan ketat


               Langkah Amali:
1.       Sediakan medium tut.
2.       Lembabkan medium dengan air sehingga melekit.
3.       Bentukkan menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.
4.       Pilih dahan/ranting yang sesuai berdiameter 1-2 cm.
5.        Potong ranting kecil atau daun pada tempat yang hendak  dilakukan tut.
6.       Buat 2 kelaran mengikut lilitan ranting berjarak 3-4 cm.
7.       Buat 1 potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran itu.
8.       Kopek kulit kayu
9.       Kikis tisu/lapisan kambium
10.   Sapu hormon pengakaran pada kelaran atas.
11.   Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan medium disekeliling kelaran.
12.   Padatkan medium
13.   Balut dengan plastik lutsinar.

14.    Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium.

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

04 November 2014

amali kemasakan buah


1.    Kesan Kalsium Karbida (CaC2)  ke atas kemasakan buah

Alat: Bekas plastik, kain
Bahan: Pisang mentah, air, Kalsium Karbida
                                                                                    
            Langkah Eksperimen:
1.      Sediakan dua buah bekas plastic bertudung
2.      Bersih dan keringkan bekas plastic
3.      Tandakan bekas A dan bekas B
4.      Pilih 4 biji pisang mentah (hijau) yang sama kematangannya
5.      Masukkan 2 biji bagi setiap bekas plastik (Bekas A dan Bekas B)
6.      Bungkus seketul kecil kalsium karbida (CaC2) dengan kain
7.      Masukkan kalsium karbida (CaC2) dalam bekas A
8.      Renjis sedikit air pada kain pembungkus kalsium karbida (CaC2)
9.      Tutup Bekas A dan Bekas B
10.   Biarkan 2 hari pada suhu bilik
11.   Lihat perbezaan warna kemasakan buah dalam Bekas A dan Bekas B

           Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen:
-  Jauhi punca api dari kawasan eksperimen
-  Bekas berisi buah yang digunakan sebagai kawalan tidak diletak berhampiran
   dengan buah yang dirawat dengan kalsium karbida
-  Gunakan buah yang bersih, kematangan yang sama, bebas penyakit / perosak
   dan tiada sebarang kecederaan.

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.