Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

05 November 2014

Amali Tut/Markot



1.    Langkah melakukan eksperimen membuat tut/ markot

 Alatan :    Plastik lutsinar, tali raffia/tali,pisau cantuman/sekateur.
 Bahan  :   Tanaman yang sesuai (puding/jambu mawar), campuran  tanah    
                              (2:1)/ Jiffy-7, hormon pengakaran.

Perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan amali:
1.    Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2.    Kikis lapisan kambium sehingga habis.
3.    Balut dengan ketat


               Langkah Amali:
1.       Sediakan medium tut.
2.       Lembabkan medium dengan air sehingga melekit.
3.       Bentukkan menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.
4.       Pilih dahan/ranting yang sesuai berdiameter 1-2 cm.
5.        Potong ranting kecil atau daun pada tempat yang hendak  dilakukan tut.
6.       Buat 2 kelaran mengikut lilitan ranting berjarak 3-4 cm.
7.       Buat 1 potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran itu.
8.       Kopek kulit kayu
9.       Kikis tisu/lapisan kambium
10.   Sapu hormon pengakaran pada kelaran atas.
11.   Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan medium disekeliling kelaran.
12.   Padatkan medium
13.   Balut dengan plastik lutsinar.

14.    Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium.

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

1 comment:

  1. Cikgu anuar kalau (puding,jambu mawar) wajib ke letak ??

    ReplyDelete

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.