Ramalan Sains Pertanian SPM 2016
13 December 2010
Ramalan Sains Pertanian 2010 Berkesan
Soalan Percubaan Sains Pertanian Selangor 2010 banyak membantu pelajar menjawab Soalan SPM
Sila lihat fail ramalan Tepat K1 dan K2 S.Pertanian diruangan SPM 2010 Selangor
02 December 2010
MAHA 2010
01 December 2010
MAHA 2010
Siri pameran dwitahunan MAHA International & HPPNK 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
05 November 2010
Kem Kepimpinan
17-20 Okt. 2010
31 October 2010
20 October 2010
Kem Kepimpinan Badan Beruniform Selangor
12 October 2010
Skema dan Soalan Sains Pertanian 2010
Sila download di bawah ini atau di ruangan SPM 2010 Selangor
Soalan Sains Pertanian K2 SPM 2010
Skema Sains Pertanian K2 SPM 2010
Soalan Sains Pertanian K1 SPM 2010
Skema Sains Pertanian K1 SPM 2010
10 October 2010
02 October 2010
Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2010
Persidang Kebangsaan Guru Cemerlang
Kuala Lumpur , 30 September 2010 – Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berjaya mengadakan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang tahun 2010.
Persidangan tersebut diadakan di Akademi Kenegaraan, BTN, Jabatan Perdana Menteri bermula 27 September 2010 sehingga 30 September 2010. Seramai 273 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri persidangan tersebut. Tema persidangan kali ini ialah “ Permuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa”. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran di dalam kata-kata aluannya berharap persidangan kali ini mampu menjana transformasi minda dan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan Guru Cemerlang melalui pembentangan kertas kerja, perkongsian pengalaman, percambahan fikiran dan perbincangan akademik.
Sementara itu, YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dalam perutusannya menyatakan bahawa kerajaan meletakkan harapan kepada Guru Cemerlang untuk melakukan transformasi bagi melonjakkan pencapaian akademik dan kemenjadian murid. Adalah diharapkan, persidangan Guru Cemerlang peringkat kebangsaan ini berjaya dan seterusnya dapat menjulang martabat pendidikan negara.
Soalan ramalan SPM 2010 Selangor
sila download di ruangan SPM 2010 Selangor
Soalan ramalan B. I. SPM 2010 Selangor
Sila Download di ruangan SPM 2010 Selangor
01 October 2010
Soalan Ramalan SPM 2010
Sila Download di ruangan SPM 2010 Selangor
1 MALAYSIA
1. BUDAYA BERPRESTASI TINGGI : |
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa yang "acuh tak acuh" tidak boleh wujud dalam masyrakat yang berdaya maju. |
2. BUDAYA KETEPATAN : |
Sebagai rakyat negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan. |
3. BUDAYA ILMU: |
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hari. |
4. INTEGRITI : |
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. |
5. KETABAHAN : |
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. |
6. KESETIAAN : |
Kesetiaan sepenuhnya kepada Negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta. |
7. KEBIJAKSANAAN : |
Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berkhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain. |
8. BUDAYA INOVASI :
Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mempu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
26 September 2010
peperiksaan PTK 48
kawan...nak tahu ke soalan...
1. Tugas ketua Panitia
2. Kokurikulum - menjdikan pelajar berdisiplin dan bersahsiah
3. Kokurikulum- langkah keselamatan
4. Data dan analisis ujian meningkatkan P&P
5.Nilai dan Etika profesion keguruan
6. Nilai Ketekunan membawa kejayaan....
dan banyak lagi..cuma jawab 4 esei je...
1 esei ..1 jam ..wow..
tahun depan jika x lulus ambil lagi ye...
23 September 2010
Soalan dan Skema Peperiksaan Percubaan SPM 2010 Selangor
semoga sebagai panduan..dan boleh juga dijadikan Ramalan 2010...soalan berkualiti di bina oleh Guru Cemerlang dan beberapa guru yang berpengalaman ...
17 September 2010
22 August 2010
18 August 2010
Nazir memantau SMK Kg.Soeharto
Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain yang berkaitan, maka JNJK menggubal SKPM 2010 yang terdiri daripada lima standard iaitu:
Standard 1 – Kepimpinan dan Hala Tuju
Standard 2 – Pengurusan Organisasi
Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Standard 4 – Pembelajaran dan Pengajaran
Standard 5 – Kemenjadian Murid
16 August 2010
12 August 2010
Seminar Teknik Menjawab Soalan Sains Pertanian
Tempat : SMK Seri Sepang,Bandar Baru Bukit Tinggi , Sepang. Seperti biasa saya memberi panduan teknik menjawab soalan dan juga ramalan kertans soalan SPM tahun 2010.
1. Letakkan sasaran bahan yang hendak dibaca. (Tajuk, muka surat)
2. Baca ‘laju’ untuk mengetahui sepintas lalu kandungan bahan yang hendak dibaca
3. Baca kali kedua dengan pembacaan teliti sambil “highlight” perkataan-perkataan-perkataan penting atau kata kunci.
4. Ulang ‘baca laju’ sambil menumpukan kepada kata kunci yang telah di highlight.
5. Cuba senaraikan kembali kata kunci yang telah di highlight keatas sekeping kertas
6. Olah kembali kata kunci tersebut dengan gaya bahasa sendiri yang anda faham hasil pembacaan tadi
7. Bandingkan huraian anda berdasarkan pemahaman anda tadi dengan kandungan teks asal
8. Ulang langkah diatas sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan kefahaman yang anda perolehi hasil pembacaan itu.
Perhatian:
1. Jangan pentingkan kuantiti pembacaan tetapi kualiti.
2. Jangan terlalu gelojoh dalam membaca. Pastikan anda benar-benar faham sebelum pindah ke muka surat atau bahan bacaan seterusnya.
3. Untuk kiraan baja , belanjawan yang memerlukan pengiraan, elakkan dari sekadar membaca. Banyakkan latih tubi (Latihan pengiraan). Anda tidak akan faham hanya sekadar membaca.
06 August 2010
02 August 2010
09 July 2010
kurikulum baru 2011
DALAM tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, (RMK-10) kurikulum baharu untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun depan diikuti dengan kurikulum baharu untuk sekolah menengah.
Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka.
Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.
Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan Sukan sebagai subjek mata pelajaran mulai tahun depan.
04 July 2010
Mesyuarat Jurulatih Utama Sains Pertanian
Antara agenda utama adalah pembinaan solan percubaan SPM 2010 selaras Negeri Selangor.
Jurulatih Utama -
Tn.Hj.Kamaruddin Kemis
En. Anuar Md Isa,
En. Zulkifli Hashim
En. Zailani Abd. Rahim
Pn. Rafeah Sahibon –
Pn.Norhayati Husin
Pn.Salawati Badron
Pn. Norasmah Omar
Pn.Masitah Masri