Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

06 November 2014

hidroponik takung

Penanaman sayuran kaedah hidroponik takung  
(a)  Alat : Takung @ bekas / polistirena/ pot@bakul keci, pisau, EC meter, pH meter
                         Bahan : biji benih, larutan baja A dan B, Span@benang@kapas, air  2 markah

            (b)  Langkah Eksperimen:  11 markah 
         1.  Bersihkan takungan dan kepingan polistiren
         2.  Buat lubang pada kepingan polistirena
                         3.  Isikan air ke dalam takungan  ¾  penuh
                         4.  Tutup takung dengan polistirena
                      5.  Masukkan benang/ span ke dalam pot hingga terkeluar di bawah pot (boleh         terkena air.
                      6.  Masukkan pot ke dalam lubang polistirena
                      7.  Masukkan larutan baja A dan kacau dengan rata
                        8.  Masukkan larutan baja B dan kacau dengan rata
                        9.  Masukkan 3-5 biji benih ke dalam pot
                      10. Periksa kandungan nutrien menggunakan EC meter
                      11. Periksa pH larutan menggunakan pH meter
                      12. Periksa paras air dalam takungan (kena pada bebenang/span)
  
            (c)  Perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan kejayaan eksperimen:  
                        2 markah  untuk 2  langkah penjagaan 
       -Masukkan laritan baja A dan B berasingan
                       -Bebenang sentiasa lembap/kena pada air
                       -Kandungan nutrien cukup
                      -Ada ruang udara antara larutan baja dan polistiren
                      -padatkan bebenang

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

05 November 2014

Amali Tut/Markot



1.    Langkah melakukan eksperimen membuat tut/ markot

 Alatan :    Plastik lutsinar, tali raffia/tali,pisau cantuman/sekateur.
 Bahan  :   Tanaman yang sesuai (puding/jambu mawar), campuran  tanah    
                              (2:1)/ Jiffy-7, hormon pengakaran.

Perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan amali:
1.    Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2.    Kikis lapisan kambium sehingga habis.
3.    Balut dengan ketat


               Langkah Amali:
1.       Sediakan medium tut.
2.       Lembabkan medium dengan air sehingga melekit.
3.       Bentukkan menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.
4.       Pilih dahan/ranting yang sesuai berdiameter 1-2 cm.
5.        Potong ranting kecil atau daun pada tempat yang hendak  dilakukan tut.
6.       Buat 2 kelaran mengikut lilitan ranting berjarak 3-4 cm.
7.       Buat 1 potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran itu.
8.       Kopek kulit kayu
9.       Kikis tisu/lapisan kambium
10.   Sapu hormon pengakaran pada kelaran atas.
11.   Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan medium disekeliling kelaran.
12.   Padatkan medium
13.   Balut dengan plastik lutsinar.

14.    Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium.

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

04 November 2014

amali kemasakan buah


1.    Kesan Kalsium Karbida (CaC2)  ke atas kemasakan buah

Alat: Bekas plastik, kain
Bahan: Pisang mentah, air, Kalsium Karbida
                                                                                    
            Langkah Eksperimen:
1.      Sediakan dua buah bekas plastic bertudung
2.      Bersih dan keringkan bekas plastic
3.      Tandakan bekas A dan bekas B
4.      Pilih 4 biji pisang mentah (hijau) yang sama kematangannya
5.      Masukkan 2 biji bagi setiap bekas plastik (Bekas A dan Bekas B)
6.      Bungkus seketul kecil kalsium karbida (CaC2) dengan kain
7.      Masukkan kalsium karbida (CaC2) dalam bekas A
8.      Renjis sedikit air pada kain pembungkus kalsium karbida (CaC2)
9.      Tutup Bekas A dan Bekas B
10.   Biarkan 2 hari pada suhu bilik
11.   Lihat perbezaan warna kemasakan buah dalam Bekas A dan Bekas B

           Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen:
-  Jauhi punca api dari kawasan eksperimen
-  Bekas berisi buah yang digunakan sebagai kawalan tidak diletak berhampiran
   dengan buah yang dirawat dengan kalsium karbida
-  Gunakan buah yang bersih, kematangan yang sama, bebas penyakit / perosak
   dan tiada sebarang kecederaan.

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah
langkah-langkah   11 markah

03 November 2014

kaedah meter pH

 Amali
1.    
Menentukan pH tanah menggunakan meter pH
Alat: Meter pH, Bikar 50 ml, Rod kaca

Bahan: Sampel tanah, air suling
 (2Markah)
1.    Uji meter pH dalam larutan tampan pH4.1 @ PH7.1
2.    Hancurkan tanah
3.    Masukkan sampel tanah (10 g) ke dalam bikar
4.    Masukkan air suling 10 ml ke dalam bikar
5.    Kacau larutan hingga sebati
6.    Biarkan selama 20 minit
7.    Kacau semula larutan
8.    Masukkan meter pH ke dalam larutan tanah
9.    Baca bacaan pada meter pH
10.  Cuci hujung elektrod meter pH
11 markah
1.    Pastikan meter pH tidak rosak
2.    Pastikan kacau hingga sebati
3.    Kuantiti sampel tanah dan air betul
(2 markah)

warna merah adalah  kata kunci yang diberi markah
Bahan/alat  2 markah
langkah keselamatan/memastikan kejayaan   2 markah

langkah-langkah   11 markah

02 November 2014

Kaedah KUHN

Bahagian C

1.    Menentukan pH tanah menggunakan barium sulfat/ larutan penunjuk universal/ kaedah Kuhn
Alatan: Tabung uji, rak tabung uji, Carta pH, penutup getah, penitis, spatula
Bahan: Sampel tanah, barium sulfat, larutan penunjuk universal,  air suling   (2M)

Langkah eksperimen:
1.   Masukkan Barium Sulfat ke dalam tabung uji  sebanyak 2.5sm (tinggi tabung uji)
2.   Masukkan sampel tanah sebanyak 2.5sm (tinggi tabung uji)
3.   Masukkan air suling sehingga ¾ penuh tabung uji
4.   Titiskan 2-5 titisan larutan penunjuk universal ke dalam tabung uji
5.   Tutup tabung uji dengan penyumbat getah
6.   Goncang tabung uji sehingga sebati
7.   Letakkan tabung uji pada rak tabung uji  sekurangnya 20 minit /sehingga tanah 
 mendak
8.   Perhatikan warna yang terhasil.
9.   Padankan warna yang terhasil dengan carta pH
10.Tentukan pH tanah tersebut

(15 M   maksima  11M)

Perkara memastikan kejayaan eksperimen
 1.   Kuantiti barium sulfat dan sampel tanah sama banyak
2.   Jangan gunakan ibu jari menutup tabung uji semasa mengoncang
3.   Goncang sehingga sebati


 

01 November 2014

amali mendapan

Bahagian C  Kertas 2

1.    Eksperimen menentukan tekstur tanah kaedah mendapan
(a) Alatan:  Balang gas/balang kaca/ spatula/sudu/ pembaris/ penutup/ penimbang/
        penyukat/ carta tiga segi tekstur tanah
                 Bahan : Sampel tanah, air                                          2 markah

            (b)  Langkah eksperimen:
1.      Sediakan sampel tanah & hancurkan tanah   1M
2.     
Masukkan sampel tanah ke dalam balang gas   1M
3.      Sebanyak 40-50g @ ½ tinggi balang gas            1M
4.     Masukkan air sebanyak ¾ tinggi balang gas        1 + 1 M
5.     
Tutup mulut balang gas                                         1M
6.     Goncang hingga kumin terpisah/sebati                   1 M
7.     

Letakkan balang di atas meja                                1M
8.     Biarkan semalaman/ 24 jam                                     1M
9.     

Kenalpasti tiga lapisan kumin tanah/ pisahan kumin      1M
10.   Ukur ketebalan setiap lapisan                 1M
11.   Hitung peratus setiap lapisan                   1M
12.   Dengan peratus ketiga lapisan kumin tanah, tentukan jenis tekstur dengan menggunakan segitiga tekstur tanah/ segitiga USDA/ Atterberg
-       Buat garisan % pasir
-       Buat garisan % kelodak
-       Buat garisan % liat
-       Tandakan titik pertindihan 3 garisan dan namakan kelas tekstur tanah

            (c)  Perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan eksperimen:
                            1.  Goncang hingga kumin terpisah
                            2.  Meja tempat meletakkan balang gas mestilah rata
                            3.  Jangan ganggu balang gas setelah diletakkan di atas meja
                            4.  Ukur ketebalan dengan tepat 


  Sistem Permarkahan :   
Biasanya  Bahan dan Alat   2 markah  (catatan ; nasihat kepada murid supaya tulis  2 bahan dan 2 alat sudah memadai.
Langkah-langkah : biasanya markah penuh adalah 11 markah . Oleh itu nasihatkan murid menyenaraikan lebih dari 11 langkah  untuk mendapatkan markah maksima.
Permarkahan  cara  1markah dan jika diberi  kuantiti  atau sukatan dikira 1 markah tambahan.
Bagi langkah keselamatan atau langkah yang perlu diberi perhatian , markahnya adalah 2 . oleh itu nasihatkan murid menulis lebih dari dua  langkah keselamatan.

Markah keseluruhan  15  markah  
( 2 Bahan/alat, 11  Langkah/langkah dan 2 langkah keselamatan)







30 October 2014

amali


soalan bahagian c Kertas 2

Soalan 5 dan 6 Kertas 2


  • Eksp menentukan tekstur tanah secara kaedah mendapan
  • Eksp menentukan pH tanah menggunakan kaedah meter pH
  • Eksp pH tanah menggunakan kaedah penunjuk universal/kuhn
  • Melakukan pembiakkan tut
  • Eksperimen kesan kalsium karbida ke atas kemasakan buah
  • Memasang & menyenggara sistem pengairan titisan/percikan/
  • Hidroponik
  • Menghasilkan makanan secara penapaian

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.