Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

02 December 2013

Soalan 2 kertas 2


  Kebaikan pembiakan permanian berbanding kaedah semulajadi.
    1.  Data/Maklumat dikenalpasti (F)
                          - Anak yang dilahirkan dikenalpasti keturunannya
                          - Sifat yang dikehendaki dapat ditentukan
                          - Waktu pembuntingan dan kelahiran dapat ditentukan/diketahui
                          - Generasi baka diketahui

                2.  Semen Berkualiti (F)
                        * Semen pejantan baka baik serata dunia boleh diperolehi
* Dapat kawal merebaknya penyakit kelamin berjangkit seperti vibriosis, brucellosis, leptospirosis
* Kualiti semen diketahui dan Dapat mengelak penggunaan pejantan yang tercedera/ sakit atau terlalu tua
* Semen baka jantan yang baik boleh disimpan walaupun pejantan  telah mati
                        * Peratus sperma hidup tinggi

    3. Kos Mengurus Rendah (F)
                        - Tanpa membawa pejantan
                        - Tiada kos menjaga dan makanan pejantan   
                        - Peralatan boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama
                          (tidak perlu membeli alatan selalu)
                        - Banyak induk betina yang dapat disuntik dengan semen yang sama
                        - Semen boleh dicairkan

4. Mengelak kecederaan (F)
                        * Dapat mengelak kerakusan pejantan
                        * Ternakan betina dipasung
                        * Ternakan betina tidak dikejar/berlari, tidak terjatuh/ masuk parit
                           atau longkang

5. Peratus (%) kebuntingan tinggi (F)
                        - Induk betina dalam keadaan galak/estrus
                        - Waktu estrus dikenalpasti dengan tepat/betul
                        - Peratus sperma hidup tinggi
                        - Sperma tepat dilepaskan ke uterus

6. Anak sebaya dapat dihasilkan (F)
                                    * Lebih banyak anak sebaya dapat dihasilkan
* Lebih banyak induk betina boleh disuntik semen berkualiti yang
   sama.
                                    * Semen boleh dicairkan
                                    * Proses permanian beradas memakan masa yang singkat.

                                    * Boleh banyak suntik semen pada induk betina 




Kebaikan kaedah kawalan  perosak secara semula jadi (biologi)


1. Kesan kepada alam sekitar (F)
   - tidak mencemarkan alam sekitar kerana tidak menggunakan bahan  
     kimia

2. Kos pengurusan (F)
   - Mengurangkan  kos pengurusan perosak untuk jangka panjang

3. Selamat digunakan (F)
    - tidak menjejaskan kesihatan petani

4. Kesan pada tumbuhan/hasil tanaman(F)
   -hasil tanaman bersih dan selamat untuk dimakan kerana tiada saki 
     baki racun.

5. Membunuh perosak tertentu sahaja(F)
    -  organisma bermanfaat masih hidup



Kebaikan Foraj

- Kos rendah / murah / jimat / tidak mahal     ( F )
    -  kos penyediaan rendah / tidak perlu
    -  kos pengendalian rendah / tanam sendiri
    -  ternakan ragut sendiri / mudah didapati
ii.  Sumber utama tenaga (F)
-          Kandungan serat/ fiber tinggi
-          Membantu pencernaan/ aktiviti mikrob.
iii. Tersedia ada / mudah diperolehi / mudah didapati  (F)
-          mudah ditanam
-          mudah dibiak / mudah tumbuh
-          banyak didapati diseluruh negara















01 December 2013

Soalan Bahagian A

Bahagian A
a) terangkan empat faktor yang menyebabkan  Keasidan tanah 
b) Terangkan  aspek pengurusan ladang bagi perkara-perkara berikut:
               (i)         Pekerja
               (ii)         Jentera
               (iii)        Tanaman

               (iv)        Ternakan                       
i.  Kandungan bahan induk(F)
    Bahan induk berasid/seperti aluminium mengalami 
    tindakbalas hidrolisis/menghasilkan ion hidrogen
ii. Kehilangan ion berbes(F)
    Kation berbes seperti mg/kalium/kalsium mengalami 
    larutresap/menurunkan pH tanah/digantikan oleh ion 
    hidrogen.
iii. Pereputan bahan organik(F)
    Menghasilkan asid organik/menurunkan pH tanah.
iv. Penggunaan baja berasid
     Baja berasid seperti ammonium sulfat akan
     bertindakbalas /membentuk ion nitrat dan ion
     hidrogen.
v. Penambahan asid karbonik dari atmosfera (F)
    Karbon dioksida bertindakbalas dengan air
    membentuk asid karbonik/meresap ke dalam tanah
vi.Respirasi akar dan organisma tanah
    Respirasi akar dan organisma akan menghasilkan
    karbon dioksida/bertindakbalas dengan air
    menghasilkan asid karbonik.
vii. Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen
     oksida.
     Tindakan kilat menggabungkan nitrogen dioksida
     dan nitrogen oksida/bertindandakbalas dengan air
     menghasilkan asid nitrik/ turun bersama hujan dan
     merendahkan pH tanah. 

b)       
 Pekerja
-penggambilan pekerja baru/memberi latihan utk
  tingkatkan kemahiran
-kebajikan pekerja seperti cuti/kwsp/socso
-memberi arahan dan teguran
-pengkhususan bidang tugas utk tambah kecekapan

Jentera
-pengendalian dan penyenggaraan mengikut 
  jadual/supaya  tidak rosak/bekerja mengikut jadual
-Penggunaan alat ganti yang bermutu supaya jentera
  tahan lama.

Tanaman
- melakukan pembajaan/pengawalan penyakit dan perosak mengikut jadual
- kawalan rumpai/ pengairan dan saliran/pengutipan hasil mengikut jadual dan sistematik
Ternakan
- menyediakan perumahan yang sempurna/ pemberian makanan dan minuman mengikut diet
rawatan dan pencehagan penyakit dan pengutipan hasil

30 November 2013

SPM 4 Dis 2013 Bahagian A

Soalan 1

1.     Seorang penternak lembu tenusu menternak lembu secara komersial di satu kawasan padang ragut.

(a)   Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh.

(b)   Penternak mendapati sebahagian lembunya diserang oleh sejenis penyakit, terangkan tiga cara penternak mengawal penyakit tersebut.
            
(c)   Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah himpitan iklim pada ternakannya.

(d)   Nyatakan satu bahan untuk merawat penyakit.

Jawapan

1  (a)  Mengatasi masalah Kekurangan tenaga buruh

i.       Menggunakan alat mekanisasi ladang/teknologi baru
-          Menggunakan alatan moden/mesin-mesin
-          Contoh: alat membaja/menyiram/mengawal perosak/mesin pemerah susu/ mesin memberi makan dan minum
-          Mesin dikendali seorang sahaja/tidak perlu ramai pekerja

ii.      Menggunakan tenaga buruh asing
-          Mengambil pekerja asing dari luar/ pekerja Indonesia/ Bangladesh dll
-          Upah yang murah

iii.     Tenaga kerja ahli keluarga/ derauan
-          Anak-anak/ saudara mara/ orang kampong secara bergotong royong

iv.     Kerja kontrak
-          Mengupahkan kepada kontraktor dengan menetapkan bayaran dan tempoh masa yang ditetapkan
(b) Cara mengawal penyakit ternakan
1.         Pengawalan vektor
-            Kawalan organisma pembawa penyakit/ pathogen/ virus/ bakteria/ kulat
-            Vektor seperti lalat/ lipas/ burung
-            Dengan menutup reban/ amalan sanitasi/ sembur racun

2.         Amalan sanitasi
-            Kawasan sentiasa bersih/ basmi kuman sebelum masukkan ternakan
-            Bersihkan tinja/ sampah/ rumpai yang panjang/ bersihkan persekitaran
-            Dapat mengelak tempat pembiakan/ perumah parasit
-            Air minuman yang bersih

3.         Penghapusan
-            Serangan kronik/ penyakit tiada ubat/vaksin/ penyakit merbahaya
-            Secara membunuh/ ditanam/ dibakar
-            Untuk mengelak penyakit merebak kepada ternakan lain/manusia

4.         Pemvaksinan
-            Bahan antigen
-            Merangsang penghasilan antibodi
-            Memberi keimunan terhadap penyakit
-            Kaedah pengawalan (suntikan/ campur dalam makanan)
-            Contoh vaksin (Ranikhet F/Fowl pox/ H120)

5.         Penakaian
-            Pengasingan ternakan berpenyakit daripada ternakan lain
-            Mengelak penyakit berjangkit
-            Mengelakkan sentuhan/ hembusan nafas/ cecair badan mengenai ternakan lain

6.         Pemberian makanan seimbang
-            Mengandungi semua nutrien yang diperlukan
-            Mengandungi semua kelas makanan
-            Kuantiti yang betul dan cukup


           (c) Cara mengurangkan cuaca panas (Himpitan Iklim)
1.      Perumahan yang sesuai/sempurna
-        Menyediakan bangunan/kandang/reban
-        Ruang mencukupi/ lantai luas
-        Pengudaraan yang baik
-        Cahaya yang cukup/bangunan memanjang arah utara selatan
-        Meletakkan lindungan seperti jaring hitam untuk mengelak cahaya matahari yang terik

2.    Menyediakan naungan/lindungan
-        Tempat ternakan berteduh/ mengelakkan pancaran matahari yang terik
-        Menanam pokok naungan/ menyediakan bangsal di kawasan ragutan
-        Pokok yang rendang/tidak toksid@beracun/tidak berduri/ bangsal yang tinggi 3-4 meter.

3.    Ragutan waktu malam
-        Waktu malam suhu rendah/ sejuk
-        Ternakan lebih banyak mengambil makanan daripada minum
-        Dapat mengelakkan ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran


(d)  Racun cacing/ Racun parasit luar/ antiseptik/ antibiotik/vaksin/ nama-nama vaksin           
                                                                                                 

1. 1.    Rajah 1 menunjukkan perbualan tentang isu dan masalah pertanian di Malaysia.
i)Produktiviti
ii)Ketidakstabilan harga
 



              iii. Penyebaran teknologi




(a)  i. Nyatakan isu pertanian tersebut


      ii. Terangkan cara mengatasi setiap isu yang anda nyatakan.


a.   Masalah Produktiviti
-     Mengabungkan ladang kecil menjadi ladang kelompok / mini estet.
-     Penggunaan teknologi /mekanisasi/ komputer terkini.
-     Mengiatkan program latihan dan bimbingan kpd  petani- lebih mahir.
-     Menguruskan sumber pengeluaran dengan lebih cekap/efisien.

b.   Ketidakstabilan harga
-          Merancang aktiviti perladangan supaya daya pengeluaran hasil optimum.
-          Memproses hasil tanaman dgn lebih cekap / efisien.
-          Mempelbagaikan produk tanaman.
-          Agensi kerajaan membeli lebihan hasil perladangan.
-          Menghapuskan penggunaan orang tengah.
-          Memperkenalkan harga siling(harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan)
-          Mencari alternatif tempatan (contoh:makanan ternakan  diproses daripada bahan buangan perladangan)

c.     Penyebaran dan pengamalan  teknologi
-          Mengadakan lawatan ke ladang.
-          Memberi  khidmat dan nasihat
-          Memberi latihan .
-          Penggunaan media massa secara meluas
-          Contoh agensi kerajaan : Jab. Pertanian, MARDI, JPH

    d.    Pendidikan dan latihan
-          Menyediakan petani yang berdaya maju /  bermaklumat.
-          Memajukan aktiviti industri hiliran pertanian. [Industri Kecil Sederhana spt: Jus Rosell, Menjeruk buah-buahan]
-          Meningkatkan pendidikan formal- Pelajar sekolah sehingga universiti.

   e.   Penghijrahan penduduk
-          Membawa industri  yang sesuai ke desa.
-          Menggalakkan belia mengusahakan bidang pertanian di desa.
  
   f.    Pencemaran alam sekitar
-          Membina rumah kalis serangga
-          Meluaskan teknik kawalan biologi
-          Menguatkuasakan undang-undang
-          Mengamalkan kawalan serangga secara bersepadu
-          Mengamalkan tanaman secara organik (menggunakan baja organik)
-          Pendidikan mengenai alam sekitar .
-          Kempen pemeliharaan alam sekitar  - media massa







Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.