1.
Seorang penternak lembu
tenusu menternak lembu secara komersial di satu kawasan padang ragut.
(a)
Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah
kekurangan tenaga buruh.
(b)
Penternak mendapati
sebahagian lembunya diserang oleh sejenis penyakit, terangkan tiga cara penternak mengawal penyakit
tersebut.
(c)
Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah
himpitan iklim pada ternakannya.
(d)
Nyatakan satu bahan
untuk merawat penyakit.
Jawapan
1 (a)
Mengatasi masalah Kekurangan
tenaga buruh
i.
Menggunakan alat mekanisasi ladang/teknologi
baru
-
Menggunakan alatan moden/mesin-mesin
-
Contoh: alat membaja/menyiram/mengawal
perosak/mesin pemerah susu/ mesin memberi makan dan minum
-
Mesin dikendali seorang sahaja/tidak perlu
ramai pekerja
ii.
Menggunakan tenaga buruh asing
-
Mengambil pekerja asing dari luar/ pekerja
Indonesia/ Bangladesh dll
-
Upah yang murah
iii.
Tenaga kerja ahli keluarga/ derauan
-
Anak-anak/ saudara mara/ orang kampong secara
bergotong royong
iv.
Kerja kontrak
-
Mengupahkan kepada kontraktor dengan
menetapkan bayaran dan tempoh masa yang ditetapkan
(b)
Cara mengawal penyakit ternakan
1.
Pengawalan vektor
-
Kawalan organisma
pembawa penyakit/ pathogen/ virus/ bakteria/ kulat
-
Vektor seperti
lalat/ lipas/ burung
-
Dengan menutup
reban/ amalan sanitasi/ sembur racun
2.
Amalan sanitasi
-
Kawasan sentiasa
bersih/ basmi kuman sebelum masukkan ternakan
-
Bersihkan tinja/
sampah/ rumpai yang panjang/ bersihkan persekitaran
-
Dapat mengelak tempat pembiakan/ perumah parasit
-
Air minuman yang bersih
3.
Penghapusan
-
Serangan kronik/ penyakit tiada ubat/vaksin/ penyakit merbahaya
-
Secara membunuh/ ditanam/ dibakar
-
Untuk mengelak penyakit merebak kepada ternakan lain/manusia
4.
Pemvaksinan
-
Bahan antigen
-
Merangsang penghasilan antibodi
-
Memberi keimunan terhadap penyakit
-
Kaedah pengawalan (suntikan/ campur dalam makanan)
-
Contoh vaksin (Ranikhet F/Fowl pox/ H120)
5.
Penakaian
-
Pengasingan ternakan berpenyakit daripada ternakan lain
-
Mengelak penyakit berjangkit
-
Mengelakkan sentuhan/ hembusan nafas/ cecair badan mengenai ternakan lain
6.
Pemberian makanan
seimbang
-
Mengandungi semua nutrien yang diperlukan
-
Mengandungi semua kelas makanan
-
Kuantiti yang betul dan cukup
(c) Cara mengurangkan cuaca panas (Himpitan Iklim)
1.
Perumahan
yang sesuai/sempurna
-
Menyediakan bangunan/kandang/reban
-
Ruang mencukupi/ lantai luas
-
Pengudaraan yang baik
-
Cahaya yang cukup/bangunan memanjang arah
utara selatan
-
Meletakkan lindungan seperti jaring hitam
untuk mengelak cahaya matahari yang terik
2.
Menyediakan naungan/lindungan
-
Tempat ternakan berteduh/ mengelakkan pancaran
matahari yang terik
-
Menanam pokok naungan/ menyediakan bangsal di
kawasan ragutan
-
Pokok yang rendang/tidak toksid@beracun/tidak
berduri/ bangsal yang tinggi 3-4 meter.
3.
Ragutan waktu malam
-
Waktu malam suhu rendah/ sejuk
-
Ternakan lebih banyak mengambil makanan
daripada minum
-
Dapat mengelakkan ternakan mengalami
kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran
(d) Racun
cacing/ Racun parasit luar/ antiseptik/ antibiotik/vaksin/ nama-nama
vaksin
i)Produktiviti ii)Ketidakstabilan harga |
iii. Penyebaran teknologi
(a) i. Nyatakan isu pertanian tersebut
ii. Terangkan cara mengatasi setiap isu
yang anda nyatakan.
a. Masalah Produktiviti
- Mengabungkan ladang kecil menjadi ladang kelompok / mini estet.
- Penggunaan teknologi /mekanisasi/ komputer terkini.
- Mengiatkan program latihan dan bimbingan kpd petani- lebih mahir.
- Menguruskan sumber pengeluaran dengan lebih cekap/efisien.
b. Ketidakstabilan harga
-
Merancang aktiviti
perladangan supaya daya pengeluaran hasil optimum.
-
Memproses hasil
tanaman dgn lebih cekap / efisien.
-
Mempelbagaikan produk
tanaman.
-
Agensi kerajaan
membeli lebihan hasil perladangan.
-
Menghapuskan
penggunaan orang tengah.
-
Memperkenalkan harga
siling(harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan)
-
Mencari alternatif
tempatan (contoh:makanan ternakan
diproses daripada bahan buangan perladangan)
c.
Penyebaran dan
pengamalan teknologi
-
Mengadakan lawatan ke
ladang.
-
Memberi khidmat dan nasihat
-
Memberi latihan .
-
Penggunaan media massa
secara meluas
-
Contoh agensi kerajaan
: Jab. Pertanian, MARDI, JPH
d. Pendidikan dan latihan
-
Menyediakan petani
yang berdaya maju / bermaklumat.
-
Memajukan aktiviti
industri hiliran pertanian. [Industri Kecil
Sederhana spt: Jus Rosell, Menjeruk buah-buahan]
-
Meningkatkan
pendidikan formal- Pelajar sekolah sehingga universiti.
e. Penghijrahan penduduk
-
Membawa industri yang sesuai ke desa.
-
Menggalakkan belia
mengusahakan bidang pertanian di desa.
f. Pencemaran alam sekitar
-
Membina rumah kalis
serangga
-
Meluaskan teknik
kawalan biologi
-
Menguatkuasakan undang-undang
-
Mengamalkan kawalan
serangga secara bersepadu
-
Mengamalkan tanaman
secara organik (menggunakan baja organik)
-
Pendidikan mengenai
alam sekitar .
-
Kempen pemeliharaan
alam sekitar - media massa
|
Askum cikgu...ramalan untuk kertas 1 ada tak...tq..
ReplyDeleteAskum cikgu...ramalan untuk kertas 1 ada tak...tq..
ReplyDelete