Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras Selangor 18 Mei hingga 4 Jun 2010 .Peperiksaan ini dijalankan selama 3 minggu menyebabkan pelajar-pelajar kami agak kelam kabut, tambah-tambah lagi bagi mereka yang kurang membuat ulangkaji pelajaran.
Bagi pelajar saya di Tingkatan 4, untuk subjek Sains Pertanian, seperti di tahun-tahun yang lalu, dalam ujian yang pertama ini akan menyebabkan mereka terkejut dengan bentuk soalan yang diberi, terutama bahagian esei. Nampaknya takut sangat dengan bentuk soalan tersebut walaupun cuma esei pendek. Walaubagaimanapun, soalan struktur mungkin dapat dijawab dengan baik. Puas hati juga melihat jawapan pada ujian 1 dan 2 yang lalu walau pada mulanya agak kurang yakin dengan sikap mereka terhadap subjek ini.
Manakala pelajar Tingkatan 5, nampaknya masih ada yang tidak membuat persediaan dengan baik bagi peperiksaan ini kerana mereka banyak terlibat dengan aktiviti sekolah . Walaupun telah biasa dengan bentuk soalan yang diberi sejak berada di Tingkatan 4, . Risaunya saya , maklumlah guru cemerlang kena tunjukkan prestasi murid yang baik sepanjang tahun.Masa terus berjalan... SPM kian menjelang tiba... kalau mereka terus relax macam ni, nampaknya teruk lah saya untuk saya memberi latih tubi yang banyak.
Tahu petua mengulang kaji
1.cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2.siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3.duduk tegak dikerusi yang selesa
4.baca doa penerang hati
5.baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6.fikir dan ingat kembali isi utama
7.catat/lakar
8.semak semula ketepatan maklumat
9.ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10.buat rumusan
11.jawab soalan
12.tampal maklumat yang rumit di dinding
13.baca doa tanda kesyukuran selepas belajar