Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

30 May 2010

Facebook

Mata Pelajaran Sains Pertanian mempunyai topik mengenai teknologi pertanian. Komputer , Internet, laman web adalah antara teknologi yang diajar. Terkini facebook telah saya perkenalkan kepada pelajar supaya dapat berhubung dengan lebih baik dalam memahami pelajaran. Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai perekabentuk pendidikan di sekolah, kita boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel.

Antara elemen-elemen yang ada dalam Facebook bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan pelajar adalah :

  1. Ruang 'Search'
  2. Link
  3. Authoring
  4. Tag
  5. forum
  6. emel
  7. hyperlink
  8. world contact/friend
  9. digital gift
  10. dinamik content


Melalui Facebook, kita boleh mengintegrasi prinsip-prinsip 'network' dalam ICT/digital dengan semua teori pembelajaran yg ada.

Prinsip-prinsip yang diambil kira dalam membentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Facebook :

  1. Pembelajaran dan pengetahuan adalah pelbagai.
  2. Perhubungan yang menghubungkan semua sumber2 maklumat yang releven.
  3. Sumber bukan berpusat kepada manusia.
  4. Kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara melebihi tahap tahu.
  5. Maklumat yang diperolehi menyebabkan berlakunya pembelajaran yang berterusan.
  6. Kebolehan untuk melihat perkaitan antara bidang, idea dan konsep.
  7. Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan terkini.
  8. Semua ketujuh-tujuh perkara di atas tadi menyebabkan seseorg 'user' boleh membuat keputusan dengan tepat.
Kepada guru-guru lain dapat mencubannya supaya kita tidak ketinggalan.

16 May 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Objektif Hari Guru Malaysia
•Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
•Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
•Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
•Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
•Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
•Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Tentang Hari Guru 2010 PDF Print E-mail

Muat turun Lagu Sempena Hari Guru

Tema Hari Guru 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa
Lagu Tema : Guru Pembina Negara Bangsa



LIRIK: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi



LIRIK: GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

14 May 2010

P&P berkesan

Bagi melaksanakan P&P berkesan ,guru-guru haruslah memastikan kelas anda telah mempunyai :
1. Jadual waktu kelas.
2. Jadual waktu bertugas.
3. Senarai nama guru yang mengajar di dalam kelas tersebut.
4. Senarai nama murid (yang kreatif akan meletakkan foto murid-murid sekali)
5. Senarai nama guru bertugas mingguan.
6. Inventori kelas.
7. Jadual kehadiran yang lengkap.
8. Kerusi / meja guru yang selamat digunakan.
9. Kerusi / meja murid yang mencukupi.
10. Peralatan pembersihan (bakul sampah, penyapu, penyodok, bulu ayam, pemadam dan kain buruk)
11. Sudut-sudut ilmu yang telah mula beroperasi.
12. Kata-kata hikmat (memotivasikan murid-murid)
13. Carta Program Nilam
14. Sudut bacaan.
15. Meja guru yang kemas
16. Kapur / Pen 'marker' untuk kegunaan guru.
17. Maklumat / Pekeliling / Ucapan KPKPM yang boleh memberi input kepada murid-murid

PBS

Pentaksiran Berdasarkan Sekolah
Kepada Rakan Pentaksir sekolah diharapkan bersedia sentiasa ,terutama kepada pentaksir Sains Pertanian . Masalah tahun lepas yang menyukarkan pentaksir kawasan seharusnya dibuat penambahbaikan pada tahun 2010 bagi melicinkan pentadbiran pengurusan peperiksaan :

1. Fail-fail pentaksiran yang tidak dikemaskini.
2. Terdapat sekolah yang masih belum selesai menjalankan pentaksiran.
3. Markah masih ditulis dengan menggunakan pensel.
4. Markah-markah yang masih boleh dipertikaikan.
5. Kerjasama tidak diberikan kepada pentaksir kawasan sehingga terpaksa datang beberapa kali ke sekolah.
6. Borang markah yang hilang / tersalah letak pada hari pemantauan.
7. Guru bertanggungjawab tiada dan tidak meninggalkan fail di sekolah.
8. Fail tertinggal di rumah.
9. Tindak susulan kepada murid yang selalu ponteng sekolah tidak dapat dobuktikan.
10. Tindak susulan kepada murid yang telah dibuang sekolah harus ada dalam simpanan fail.

Mari lah kita bersama -sama mengelakkan perkara ini tidak akan berulang lagi pada tahun ini.Pada tahun ini pemantauan dari pentaksiran kawasan tidak dijalankan .Oleh itu Para pentaksir dalaman perlu memastikan kerja kursus atau PBS berjalan mengikut spesifikasi peraturan yang telah ditetapka. Kita sebagai guru sains pertanian akan menunjukkan sifat keadilan , jujur, ketepatan menilai dan amanah dalam memberi markah kerja kursus pelajar.

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.