Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

20 May 2016

Kaedah PdP Abad Ke-21



Bagi merealisasikan Pembelajaran Abad 21, guru haruslah lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk murid. Pelbagai kaedah dan strategi p&P boleh digunakan bagi membolehkan murid berkolaborasi dan lebih aktif belajar.

1. Kaedah Jigsaw
a. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan 
b. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada nombor tertentu 1 - 2 - 3 - 4
c. Semua pelajar yang memegang No.1 akan bergerak ke Stesyen No.1 bagi berbincang dengan ahli daripada kumpulan lain yang juga memegang No.1
d. Demikian juga dengan No.2, No.3 dan No.4
e. Selesai perbincangan mengenai topik mereka, pelajar akan kembali ke kumpulan asal dan menjadi pakar bagi topik berkenaan
f. Mereka akan berkongsi hasil perbincangan di group tadi bersama rakan kumpulan asal.


2. Kaedah Make a Match

a. Guru menyiapkan beberapa kad yang tertulis konsep atau topik
b. Setiap pelajar dapatkan sekeping
c. Kemudian mereka akan mencari rakan kelas yang juga memegang kad dengan topik yang sama
d. Pelajar berbincang menyelesaikan tugas secara bersama-sama
e. Pelajar diuji dengan buat persembahan atau kuiz


3. Kaedah Bertukar Pasangan
a. Setiap pelajar mendapat satu pasangan
b. Guru memberikan tugas dan pelajar mengerjakan tugasan dengan pasangan mereka
c. Setelah selesai setiap pasangan bergabung dengan pasangan yang lain
d. Masing-masing akan saling bertanyakan soalan dan mengukuhkan jawapan mereka
e. Hasil perbincangan kemudian dikongsikan semula dengan pasangan asal. 


4. Kaedah Share n Turn
a. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
b. Duduk dengan kawan atau kumpulan
c. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam
          A ke B
          B ke C
          C ke D
          D ke A atau
          Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kita semula yang mengandungi 4 isi atau idea.


5. Kaedah Think Pair Share
a. Berfikir sendirian
b. Bercakap dengan rakan berdua
c. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
d. Rakan yang lain boleh menyoal (soalan diberi oleh guru)


6. Kaedah Gallery Walk
a. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain (guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
b. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumpulan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
c. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.



7. Kaedah Rally Robin
a. Guru menyoal atau bertanya pelajar
b. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
c. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan


8. Kaedah Menyoal dan Bimbing
a. Meminta pelajar menulis soalan di kad
b. Jawapan ditulis di belakang
c. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
d. Kad diserahkan kepada pelajar
e. Masa diberi untuk pelajar baca soalan dan jawapan
f. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal
g. Pemegang kad memberi klu untuk menjawab soalan tersebut
h. Bertukar rakan untuk soal dan jawab


9. Kaedah Idea Rush
a.  Fikir apa yang guru soal
b. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
c. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
d. Kumpulan semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik


10. Kaedah Fan n Pick

a. Duduk dalam kumpulan
b. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri 
   Cth : 1 - 2 -3 - 4
c. Tunggu guru memberi kad
d. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan menjawab soalan
        No. 1 : ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
        No. 2 : menjawab soalan
        No. 3 : menilai jawapan betul atau salah
        No. 4 : merumus jawapan tersebut

Terjah A+ Sains Petanian SPM 2016

Terjah  A+  SPM 2016



12 November 2015

Amali Fotosintisis


1. Pilih sepohon pokok dan lindungkan daripada cahaya matahari selama 48 jam.
2. Pilih sehelai daun hijau yang segar dari pokok tersebut .
3. Tutup sebahagian permukaan daun itu (atas dan bawah) dengan kad (telah digunting) menggunakan klip kertas.
4. Dedahkan kepada cahaya matahari yang terang lebih kurang 2 - 3 jam.
5. Petik daun itu dan tanggalkan kad penutupnya.
6. Didihkan air menggunakan bikar 250 ml
7. Masukkan daun itu ke dalam air yang sedang mendidih (dalam bikar 250ml) selama 10 minit.
8. Keluarkan daun dan rendamkan ke dalam larutan alkohol (etil alkohol) yang dipanaskan dalam sebuah bikar berair.
9. Keluarkan daun dan bilas dengan air biasa.
10. Letakkan daun dalam piring petri dan titiskan larutan iodin ke atas daun sehingga menutupi daun.
11. Biarkan selama 5 minit kemudian keluarkan daun dan basuh dengan air biasa.
12. Perhatikan warna yang dihasilkan pada daun.

30 July 2015

Pembiakan Tut


6. PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA TUT/MARKOT
Tuiuan
Melakukan pembiakan tumbuhan secara tut (markot)
Bahan/Alatan
Tumbuhan yang sesuai (seperti pokok puding dan jambu batu), campuran tanah 2:1, helaian plastik lut sinar 20 cm x 30cm, tali rafia, hormon pengakaran, pisau cantuman, dan sekateur
Langkah-Iangkah
1.         Sediakan medium tut yang mengandungi 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organik.
2.         Lembabkan medium dengan air sehingga melekit dan bentukkannya menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.
3.         Pilih dahan atau ranting yang sesuai (sederhana tua, berdiameter 1 - 2 cm).
4.         Potong ranting kecil dan daun pada tempat yang hendak dilakukan tut.
5.         Buatkan dua kelaran mengikut liIitan ranting berjarak 3 – 4cm.
6.         Buatkan satu kelaran memanjang antara dua kelaran di atas.
7.         Tanggalkan semua kulit yang terletak antara dua kelaran itu.
8.         Kikis lapisan kambium.
 9.    Sapu hormon pengakaran pad a bahagian kelaran atas.
10.     Bahagikan bebola medium kepada dua bahagian dan lekapkan pada sekeliling kelaran itu.
11.     Balut dengan plastik lut sinar.
12.     Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium dengan kemas.
13.     Perhatikan pertumbuhan akar selepas 2 - 3 minggu.
Langkah keselamatan
1.         Gunakan pisau yang tajam dan bersih.
2.         Kikis lapisan kambium sehingga habis. 


25 January 2015

amali badah ayam

Amali bedah ayam telah dijalankan pada 19 jan 2012...pelajar dapat mencapai objektif pembedahan ayam...
pelajar seronok menjalankan amali tersebut dan selepas pembedahan  mereka membuat ayam KFC daripada hasil pembedahan tersebut

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.