Ramalan Sains Pertanian SPM 2016

WOW!!!!! TEKNIK PEMERIKSAAN KERTAS 1 DAN 2 UNTUK GURU AKAN DIBINCANG SELEPAS RAMALAN KERTAS 2 SAINS PERTANIAN SPM 2016 MUDAHNYA...... UNTUK ... LULUS ... SAINS PERTANIAN .... 2016???????? Sila Download fail Fakta Kertas 1 ...PdP Abad ke 21 ,Guru Abad ke 21, RPH Abad ke 21 ,Contoh RPH Nazir menilai, contoh rph pelbagai bentuk......sila muat naik pada bahagian PdP abad ke 21..terkini terkini.....Ramalan Sains Pertanian SPM 2016 ..... dibincangkan ..mulai .. ..30 mei 2016 . .

15 July 2011

ramalan 1:faktor

soalan ramalan 2011
Bagi Bab 1 ini kita dapati sekurang-kurangnya 2 soalan yang akan ditanya.
tahun
perkara

2011

Faktor & Kawasan

2007

Faktor & Kawasan

2006

4 faktor


Dari ramalan saya , sub topik taburan tanaman dan peranan agensi dijangka akan ditanya dalam soalan kertas 1 SPM 2011. Soalan taburan tanaman ini sudah 3 tahun tidak keluar, ianya keluar pada tahun 2006 dan 2007 sahaja. Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia. Tandakan (di atas peta) taburan tanaman dan ternakan di Malaysia .Padi (Kedah), Nenas(Johor),Lada hitam (Sarawak), Teh (Cameron Highlands)...

sila lihat ini untuk soalan pertama

14 July 2011

Seminar SPM 2011

Memberi ceramah Seminar Teknik Menjawab Sains Pertanian di SMK Bandar Baru Sg. Long
Tarikh : 14 Julai 2011, seramai 200 pelajar yang hadir dari tiga buah sekolah iaitu SMK BB Sg. Long, SMK Kajang Utama dan SMK Engku Husin. Pelajar memberi kerjasama yang baik sepanjang seminar tersebut.

24 June 2011

Kursus Fertigasi


Telah menghadiri Kursus Fertigasi di Pusat Latihan Pertanian di Kalumpang
21 -23 Jun 2011. Penceramah dari Institut Pertanian Air Hitam, Johor,En. Amat Khri Bin Mardi adalah rakan sama belajar di UPM Sarawak tahun 1980.

18 June 2011

Hari Guru Daerah Hulu Selangor


Sambutan hari guru
Daerah Hulu Selangor
di Sek. Sains Hulu Selangor
Tarikh: 18 Jun 2011
Masa: 8.00 - 12.30 tgh.
Hari: Sabtu
Perasmi: Pemangku Pengarah Jabatan
Pelajaran Selangor
Tema : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI, ICT perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

14 June 2011

Kursus ICT untuk pemimpin


pada 6 - 9 Jun 2011 ,saya telah menghadiri kursus ICT untuk pemimpin di Institit Aminuddin Baki Genting Highlands. Kursus tersebut memberi banyak kemahiran dan pengalaman dalam melaksanakan tugas di sekolah .

Cara-cara meningkatkan penggunaan ICT di Sekolah
1) Semua mesyuarat guna ICT
2) P&P:-Wajib guna ICT 3X seminggu
3) Semua guru mesti ada laptop sendiri
4) Streamyx
5) Kelengkapan pemasangan alat ICT mesti ada
6) Menambah lokasi alat-alat ICT
7) Budaya Ict (Blog,emel,web...)
8)WIFIdi sekolah

Peperiksaan Pecubaan Sains Pertanian SPM 2012 Selangor

Ruang Pesanan.