14 October 2013

pemarkahan amali

Cara permarkahan  amali  menentukan pH tanah mengunakan kaedah Kuhn/larutan penunjuk
Jika  satu soalan , markah penuhnya 15, markah bagi  alat/bahan 2 markah,
langkah-langkah  max. 11 markah  dan langkah keselamatan  2 markah
Alat/BahanTabung uji, Penyumbat tabung uji, carta warna pH, 
spatula, penitis    Larutan penunjuk universal, barium sulfat, sampel tanah, air suling  (2)
Langkah-Langkah:
q Masukkan 2-5 cm    …(1)
  -barium sulfat ke dalam tabung uji   …(1)
q Masukkan 2-5 cm (atau sama banyak…(1)
  -sampel tanah ke dalam tabung uji   …(1)
q Tambahkan air suling   …(1)
  -sehingga hampir penuh/ tiga suku penuh  …(1)
q Tambahkan 1 ml atau beberapa titik   …(1)
  -larutan penunjuk universal  …(1)
q Tutup tabung uji dengan penyumbat   …(1)
q Goncangkan tabung uji        …(1)
q Biarkan mendak                    …(1)
q Perhatikan warna terhasil    …(1)
q Padankan warna dengan carta warna  …(1)
q Tentukan nilai pH tanah tersebut         …(1)
Langkah keselamatan:  (2)
1.Pastikan tanah halus dan kering
2.Berhati-hati semasa mengoncang
3.Alatan bersih
4.Jangan tutup dengan ibu jari
5.Cahaya mencukupi/terang untuk  memadankan warna pH

* bagi alat/bahan  sudah cukup menyatakan 2 alat dan 2 bahan. (max :2M)
* bagi langkah keselamatan, sudah cukup bagi 2 atau 3 langkah sahaja.  (Max:2M)

No comments:

Post a Comment