09 September 2012

Ramalan  SPM  2012 Kertas 2

Soalan  1


·         Kesan iklim secara langsung

                              i.    Perlakuan semasa meragut
-          Suhu tinggi dan pancaran matahari terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan
-          Ternakan berhenti makan dan mencari tempat teduh
-          Jangka masa meragut kurang

                             ii.    Pengambilan makanan
-          Peningkatan suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan  berkurangan sebaliknya air diambil berlebihan

                            iii.    Tumbesaran
-          Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan  kadar tumbesaran akan menurun

                           iv.    Pengeluaran hasil
-          Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi
-          Suhu persekitaran yang tinggi mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging
                            v.    Pembiakan
-          Suhu tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin
-          Kadar penetasan telur menurun

a.    Cara mengurangkan kesan himpitan iklim

·         Mengadakan perumahan yang sempurna
-       Melindungi ternakan dari serangan musuh, mengawal penyakit dan parasit
                               serta iklim yang melampau
-       Ciri perumahan sempurna – ruang lantai mencukupi, aliran udara yang baik
      (pengudaraan), bekalan cahaya yang sesuai dan mudah dibersihkan
-       Arah binaan perumahan mengambil kira pancaran cahaya matahari dan arah
      tiupan angin

·         Menanam pokok naungan
-       Melindungi ternakan dari pancaran terik matahari, memberi oksigen dan
      menyediakan tempat ternakan berehat

·         Mengamalkan ragutan pada waktu malam
-       Waktu malam suhu sekitar turun
-       Mengurangan tekanan semasa haiwan meragut
-       Haiwan meragut rumput lebih banyak dan tumbesaran ternakan lebih baik

·         Memilih baka yang toleran terhadap penyakit
-       Baka yang toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi
-       Contoh baka yang toleran suhu tinggi ialah lembu Kedah-Kelantan, LID atau
      baka kacukan  KK dengan baka Freisien

·         Memberi makanan bernutrien tinggi
-       Menampung kekurangan zat makanan kerana kurang mengambil makanan
      ketika suhu tinggi
-       Makanan mesti mengandungi semua unsur pemakanan
-       Contoh:anak lembu diberi susu secukupnya dan ketika peringkat
      pembesaran, konsentrat ditambah dalam makanan


No comments:

Post a Comment