21 July 2016

Pemarkahan kertas 2 soalan 1

Pemarkahan kertas 2 soalan 1





Bila menjawab soalan 1 , murid harus berhati dengan istilah yang digunakan dan juga markah yang telah ditetapkan. Soalan 1(a)  Kata kunci adalah Terangkan cara mengatasi hakisan tanah". Kawasan adalah rata dan hanya perlu menanam tanaman penutup bumi dan membina peparitan/saliran/longkang sahaja yang sesuai untuk jawapan . Bila soalan ada terangkan  mesti ada Fakta  dan ada huraian.  disini markah yang diperuntukan adalah  max. 4 markah. Oleh itu 2F dan 2 H sudah cukup untuk jawapan...kalau boleh berikan huraian yang lebih.
 
 Bagi soalan 1 ( c )  , ia memerlukan hanya "nyatakan"  oleh itu kita hanya perlu menulis fakta sahaja dan tidak perlu dihuraikan. Markah adalah 3  , oleh itu berilah lebih jawapan dari tiga.


bagi solaan 1 e  kita dapati hanya 1 fakta yang sesuai  iaitu kawalan fizikal kerana masalah serangan lalat buah.

Pemarkahan kertas 2 soalan 1