30 July 2015

Pembiakan Tut


6. PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA TUT/MARKOT
Tuiuan
Melakukan pembiakan tumbuhan secara tut (markot)
Bahan/Alatan
Tumbuhan yang sesuai (seperti pokok puding dan jambu batu), campuran tanah 2:1, helaian plastik lut sinar 20 cm x 30cm, tali rafia, hormon pengakaran, pisau cantuman, dan sekateur
Langkah-Iangkah
1.         Sediakan medium tut yang mengandungi 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organik.
2.         Lembabkan medium dengan air sehingga melekit dan bentukkannya menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.
3.         Pilih dahan atau ranting yang sesuai (sederhana tua, berdiameter 1 - 2 cm).
4.         Potong ranting kecil dan daun pada tempat yang hendak dilakukan tut.
5.         Buatkan dua kelaran mengikut liIitan ranting berjarak 3 – 4cm.
6.         Buatkan satu kelaran memanjang antara dua kelaran di atas.
7.         Tanggalkan semua kulit yang terletak antara dua kelaran itu.
8.         Kikis lapisan kambium.
 9.    Sapu hormon pengakaran pad a bahagian kelaran atas.
10.     Bahagikan bebola medium kepada dua bahagian dan lekapkan pada sekeliling kelaran itu.
11.     Balut dengan plastik lut sinar.
12.     Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium dengan kemas.
13.     Perhatikan pertumbuhan akar selepas 2 - 3 minggu.
Langkah keselamatan
1.         Gunakan pisau yang tajam dan bersih.
2.         Kikis lapisan kambium sehingga habis.